Jam 12.01 telah masuk tarikh baru.. 25 April, 2010...Genap 28 tahun aku dilahirkan. Mak cakap aku dilahirkan jam 9.00 pagi so kena tunggu esk pagi baru nak wish kat aku..tapi x kisah kalo mak tak wish pun..aku berterima kasih kepada mak kerana melahirkan aku..Syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana hingga ke hari ini aku masih bernafas di bumi ciptaanNya. Syukur kerana aku diberi peluang memohon taubat dariNya..Tahun ni x ada acara potong kek sbb hubby pi JB..kesian kat aku..tapi dia jadi org pertama yg call utk wish..terima kasih abang..love you much..malam ni aku buat kek butter utk harijadi aku..hahaha..pastu aku deco sikit2..jadilah kek harijadi..pastu aku potong sorg2 then mkn sorg2..sedap jugak la..pastu lebih aku simpan, x tau sapa yg akan habiskan kek tu..ikutkan aku ni x brape nak suke kek butter..tapi aku blasah je la sbb kek tu paling senang nak buat..Sempena dengan hari lahir aku ni..aku berdoa semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi isteri yang solehah, anak yang baik dan taat kepada ibu bapa, menantu yang baik, kakak yang baik, kawan yang baik, pelajar dan pekerja yang cemerlang. Aku juga berdoa supaya aku dapat menjadi seorg ibu kelak..semoga Allah mendengar doa2 ku..Aminnn...
kek buat sendiri
0 comments:
Post a Comment