Sunday, 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

9 Mei, 2010...Selamat Hari Ibu...



Tahun ni umur aku 28 tahun.. selama itu juga aku diberi kasih sayang oleh mak dan ditambah dengan kasih sayang seorang lagi mak pada usia aku 24 tahun... sekarang aku mempunyai 2 orang mak yang sangat2 aku sayang... mak adalah wanita yang aku paling sayang selepas suami aku setelah aku bergelar isteri.. mak tiada galang gantinya, aku masih lagi ingat pengorbanan, perit jerih, kepayahan dan kesusahan mak dalam membesarkan kami adik beradik...mak sanggup menderita demi anak-anaknya..mak sanggup berlapar demi anak-anak, mak sanggup buat apa saja asalkan anak-anaknya dapat dibesarkan dan hidup dalam kesenangan dan kebahagiaan..

Walaupun mak garang tapi aku tahu mak marahkan kami sebab mak sayang pada kami..mak selalu nasihatkan anak-anaknya supaya menjadi org yang berguna...kalau kami ada masalah, mak selalu berada disisi kami, kalau kami gembira, kami nak mak selalu berada disisi kami..mak adalah segalanya, tak dapat bayangkan kalo mak dah tak ada nanti..

Aku sangat sayang pada mak..biarlah walaupun org kata mak tak cantik, mak x kaya, mak garang, mak begitu, mak begini...aku tetap sayang kat mak..aku terima mak seadanya sama ada kelebihan atau keburukannya...sebab mak adalah mak aku..mak yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberi kasih sayangnya yang tak pernah putus2 kepada aku dan adik beradik..Sempena hari ibu ni aku berdoa dan akan selalu berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan mak..




Ini mak aku juga, aku sayang mak mertua aku mcm mak aku sendiri, dah 4 tahun aku berkawen dan selama itu juga aku menyayangi mak mertuaku ini..walaupun tak terzahir dengan kata2 aku harap mak tahu aku menyayanginya seperti aku menyayangi mak sendiri..mak aku selalu ingatkan kat aku supaya 'jgn sesekali anggap mak mertua adalah mak mertua semata-mata tapi anggap macam mak sendiri..berbuat baik kepadanya seperti bebuat baik kepada mak'...terima kasih mak atas ingatan tu..

Aku bertuah dan bersyuku kerana mendapat mertua sebaiknya walaupun baru 4 tahun mengenalinya,tapi aku tahu kasih sayangnya telah banyak tertumpah pada aku..dan sempena hari ibu ni aku juga berdoa dan akan selalu berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan mak mertua kesayanganku..



0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com