Bekerja sebagai pegawai penguatkuasa ni mmg byk cabarannya..selain daripada terdedah kepada risiko penyakit...tetapi juga terdedah kepada risiko keselamatan diri n keluarga...kalo aku tahu kerja ni boleh memudaratkan diri aku, mmg aku tak akan mohon tetapi aku sangat bersyukur sebab inilah kerja yang telah ditakdirkan Allah pada aku.. Jadi x perlu la banyak complaint...n x perlu disesalkan..cuba jadi positive n positive
Hari ni adalah hari yang paling mencabar dalam kerjaya aku sepanjang 7 tahun di dalam Jabatan ni..dan buat pertama kalinya aku diugut dan diancam.. mmg ketaq la juga lutut aku..tapi masa aku kena marah n diancam tu, aku rasa tenang n x terasa sangat diancam..mungkin bulan RAMADHAN ini mengajar aku banyak bersabar..
Mana taknya..hari ni aku kena maki, marah n ugut n mcm2 lagi la..yang boleh mendatangkan kemarahan aku juga..
sebagai pegawai aku sangat memahami masalah yang dihadapi pekilang dan bagi aku mereka wajar untuk marah dan rasa marah..
aku cuba menenangkan keadaan tetapi owner kilang yang aku anggap sebagai seorg PAKCIK, semakin marah dan keadan menjadi semakin tegang..aku tgk muka pak cik tu kecik besar, kecik besar je..
aku rasa kalo aku n kwn aku melawan..mau tangan dia hinggap kat pipi aku tu...kami hanya berdiam dan cuba tidak melawan...tapi dalam hati Allah saja yang tau..
Patah2 perkataan yang kluar dr mulut dia mmg menggerunkan..
PARANG, LANGGAR, HUMBAN ke sungai n macam2 lagi la..
tapi aku masih bersabar dan aku yakin ALLAH sentiasa melindungi orang yang benar..apa yag dikatakan oleh pak cik tu aku anggap cam seorg bapak yang sedang membebelkan anaknya..n no hard feeling..apa yang dia ckp pada aku, kwn aku n Jabatan aku, aku terima..so aku rasa tenang...setelah hampir sejam dia marahkan kami, akhirnya dia mengalah juga...dan diam..aku bersyukur..
so bila benda2 camni terjadi, aku rasa this is the high time, aku kena pikir banyak2 kali untuk meneruskan kerjaya aku di dalam bidang ini n di Jabatan aku bekerja sekarang.. Adakah aku diberi jaminan keselamatan sekiranya perkara itu berlaku n berulang pada diri aku ? Adakah itu ...?? Adakah ini....? n macam2 lagi perlu dipikirkan...
0 comments:
Post a Comment