Thursday, 16 December 2010

+ Hari Asyura +

Assalammualaikum...

Hari ne 10 Muharram...Hari Asyura..
cepat betul masa berlalu..aku ingat nak puasa hari ne tp sbb x brape sihat jadi x puasa la..bdn lenguh2..sakit kpala n mcm2 lg la.. rase macam ralat sikit tp nak buat cammana, plus pagi hingga ptg ne ada prgram kat opis yg memerlukan aku bergerak dgn byk..thn dpn je la nmpknya..ntah thn dpn sempat ke tak nak pose..hehehehe..

sini, aku nak kongsi sikit berkenaan dgn Hari Asyura..maklumat ni aku dpt dr FB..byk perkara yg disunatkan dilakukan pada hari ne yg aku sndiri x tau.. 

Sejarah Hari Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

1 comments:

Mahamahu said...

Salam, tahniah kerana anda terpilih untuk menerima cenderamata daripada blog Mah@mahu atas kesudian anda menjawab servay yg telah diadakah pada 13-31 Dis 2010. Oleh itu sila tinggalkan Nama penuh, alamat dan juga link servay anda kepada email ini sebelum Rabu (5 Jan 2011)

akustika83@gmail.com

Terima kasih kerana sudi menjawab servay tersebut...

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com