Salam.. hai apa khabar???
Maaf lama tidak menulis di ruangan blog ni dan maaf sebab dah lama tak berblogwalking di blog anda.. bulan Mei dan Jun adalah bulan paling sibuk… sibuk menyiapkan tesis, sibuk dengan kerja luar, sibuk dengan kenduri kendara dan banyak lagi… banyak cerita yg menarik yang sy ingin share bersama-sama.. tapi dek kesibukan yang tak terkira sy tidak sempat untuk menulis di blog.. mungkin akan dikongsi sedikit demi sedikit dalam tulisan yang akan datang..
Tapi apa yang paling penting yang hendak dishare adalah majlis perkahwinan adik perempuan aku yang telah diadakan pada 5 Jun, 2011 (Ahad) di Melaka dan majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kubang Semang, Pulau Pinang pada 11 Jun yang lepas.. Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar..
Majlis akad nikah diadakan pada 4 Jun, 2011 di rumah dan kehadiran pihak pengantin lelaki adalah diluar jangkaan.. walaupun tiada majlis malam berinai dan hujan turun, kehadiran adalah sangat2 ramai dan pada majlis nikah ada yang tidak dapat masuk ke rumah dan terpaksa berdiri di luar dan duduk di khemah..
Tapi Alhamdullillah, makanan cukup untuk menjamu semua tetamu yang hadir.. memang malam tu adalah malam yang sangat memenatkan, kami tidur jam 2.30 pagi lepas mengemas rumah.. walaupun penat kami semua bersyukur sebab majlis akad nikah berjalan dengan lancar.. itu adalah yang paling penting..
Kenduri pada keesokkan harinya juga berjalan dengan lancar.. dengan cuaca yang baik tanpa hujan dan tidak terlalu panas.. ramai tetamu yang hadir walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan sahaja dengan jumlah jemputan seramai 800 orang.. hari kenduri tidak terlalu penat sangat sebab kami menggunakan khidmat catering Cuma kaki aku je yang lenguh-lenguh sampai tak boleh nak berjalan..
Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjaya dan menyerikan majlis pernikahan dan perkahwinan adik aku.. terutamanya pada suami dan adik beradik aku yang bertungkus lumus dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar dan kesabaran mereka melayan karenah aku yang cerewet dalam menguruskan semua hal.. cerewet??? Memang aku cerewet, kalau boleh aku nak semua perkara yang dibuat adalah perfect.. kerja yang perfect akan menghasilkan kualiti n hasil kerja yang baik juga..
Kepada adikku Norimah Zainudin dan pasangan Ahmad Afifi, selamat pengantin baru, selamat menempuh ke alam baru dan semoga kekal hingga ke anak cucu.. Ni adalah gambar sekitar majlis perkahwinan mereka..layannnnnnnnn………
0 comments:
Post a Comment