Tuesday, 29 November 2011

+ Maal Hijrah +


Tidak terlewat rasanya, untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah.. 1 Muharram, 1433H..
Maaf, aku tidak berkesempatan untuk update blog..
Paham-paham je la.. 3 hari bercuti.. aku balik my home town.. MELAKA..
Kalau balik kampung.. tersangat la bz.. banyak aktiviti yang nak dibuatnya..
Lagipun ada masalah nak ekses internet..

MAAL HIJRAH.. apa yang korang buat..
Semestinya, bacaan DOA Akhir Tahun dan DOA Awal Tahun dibaca..
Bacaan doa tersebut adalah seperti yang berikut;


Bulan Muharram mempunyai kelebihannya yang tersendiri..
Bulan Muharram juga terdapatnya satu hari istimewa iaitu HARI ASYURA..
Di sini, disenaraikan 14 perkara yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut..
Harap kita semua dapat melakukannya.. InsyaAllah..

Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana AllahTaala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Bila tahun baru org asyik duk tanya azam baru kita..
Bagi aku azam tak perlu dibuat pada tahun baru saje..
Tapi kena dibuat sepanjang tahun.. Mengikut kemampuan dan keupayaan diri kita..
Seboleh-bolehnya, apa yang diazamkan perlu dilaksanakan dengan penuh komited..
Dan bukannya hangat-hangat tahi ayam..
Masuk tahun baru bermaksud juga bertambahnya usia kita..
Apakah dalam usia ini, kita sudah bersedia??
Jangan kita asyik fikirkan azam untuk kehidupan di dunia semata-mata..
Tapi perlu juga berazam untuk menambah bekalan di akhirat..
Ramai orang terlupa dan lalai, termasuk aku juga.. Alam akhirat adalah alam yang kekal..
Dan semestinya, banyak bekalan yang perlu dibawa jika dibandingkan bekalan untuk dunia yang bersifat sementara ini..
Dengan bermulanya tahun baru ini..
Marilah kita saling ingat-mengingati di antara satu sama lain..
Memulakan satu transformasi diri kepada yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
Dan berdoa kepada Allah supaya diberi peluang untuk bernafas lagi di bumiNya..
Supaya kita berpeluang untuk berubah ke arah kebaikan..
Juga berpeluang untuk bertaubat kepadaNya.. Aminnnn…

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com