Friday, 25 November 2011

+ Review Misteri Jalan Lama +

Akhirnya, petang semalam.. Aku pegi juga menonton filem Misteri Jalan Lama (MJL)..
Filem yang memang aku nanti-nantikan..
Walaupun sendirian, aku tetap jugak pegi menonton..
Memang gile kentang lahhh.. First time tengok wayang sorang-sorang ni..
Sebab memang nak sangat-sangat tengok cite ni.. Aku layankan jugak..
Ni juga first time aku tengok filem pada hari pertama tayangan.. 24 November..
Biasanya, tengok wayang bila cite tu nak habis ditayangkan..
Tayangan bermula 5.30 Petang dan berakhir jam 7.15 malam..
Ditonton oleh lebih kurang 20 orang je dalam satu panggung yang besar.. (sedihhh..)




Faktor utama yang menarik-narik untuk aku menonton ialah of coz pelakonnya..
Que Haidar.. Memang aku minat betol kat mamat ni.. Suka sangat bila dia berlakon..
Penghayatan watak yang sangat sempurna.. Berlakon tapi nampak real.. 
Tak keterlaluan kalau aku labelkan dia macam Shah Rukh Khan Malaysia..
Terbaekkkkk.. Juga minat aku pada karya-karya Afdlin Shauki.. 
Yang aku rasa mempunyai kelainan daripada pengarah-pengarah lain..

Berbalik kepada cerita Misteri Jalan Lama..
Cerita ni adalah berkenaan dengan pertembungan dua alam..
Alam Manusia dan Alam Bunian (Nian)..
Mengisahkan tentang, Putera Nian iaitu Ilya (Que Haidar) yang telah diambil menjadi anak angkat kepada Iskandar (Ahmad Tarmimi Saregar).. 
Indra (Hans Issac) adalah abang kepada Ilya.. Yang menghilangkan diri dari keluarga selama 10 tahun dan kembali selepas kematian bapanya..
Kembali untuk menyempurnakan wasiat bapanya dan ingin mendapatkan wang bagi menyelesaikan masalah hutangnya dengan Along (Nam Ron)..
Indra diwasiatkan untuk menghantar Ilya pulang ke kampung pada umur Ilya 25 tahun..
Perjalanan mereka di Jalan Lama.. Memulakan kisah pertembungan 2 alam ini..

Cerita ni walaupun nampak macam serius pada permulaannya.. 
Tapi terdapat juga elemen humor.. lawak.. dan lucu..
Lakonan berkesan oleh Que Haidar dan Hans.. Dengan muka yang selamba je..  
 Lawak kering mereka berdua menjadi ..
Menyebabkan kedengaran tawa kecil dari penonton.. terhibur.. aku suka..

Cerita ni seriously memang lain dari yang lain la.. 
Rasa belum ada filem macam ni kat Malaysia.. 
Nampak macam filem seram tapi sebenarnya tidak..
Lebih kepada supernatural filem.. Hurmmmm.. 

Best juga tang skor bunyi.. memang mantap.. boleh bagi A+..
Lagu pun best.. mendayu-dayu.. dengar lagu.. meremang bulu roma wohhh..
Sempat gak aku tengok kiri kanan seat.. takut ada benda lain plak yang tiba-tiba muncul..
Almaklumlah.. kat row tu, aku sorang je yang duduk.. 
Kalau tiba-tiba muncul benda yang tak sepatutnya.. mau melompat aku dibuatnya..
hahahahahha..

Pelakon-pelakon lain juga bagus..
Terutamanya, Vanida Imran (Ibunda Putera Nian) yang sentiasa membawa wataknya dengan baik.. Liyana Jasmay (awek Nam Ron) memang gedik habis.. muka gadis nakal..
Nam Ron, guna dialek utara yang ala-ala siam tu.. mmg menjadi la.. two thumbs up..
Nasir Bilal Khan (Ayahanda Putera Nian) walaupun sekejap je scene dia tapi lakonan pun tidak kurang hebatnya.. cuma nampak kostum diraja tu tak ngam sangat dengan dia.. 

Aku paling suka scene, Indra dan Ilya masuk perkampungan orang Nian..
Cerita tentang orang bunian yang aku pernah baca dan dengar tergambar di dalam scene tu.. Memang cantik.. Perempuan dan lelaki berpakaian serba putih.. dan penuh sopan santun..

Overall, cerita ni memang best.. Jalan cerita menarik.. Pelakon hebat.. 
bagi 4 star out of 5..
Cuma ada 2 benda yang memang aku agak kureng sikit..
Pertama.. suara Harak (orang jahat).. agak kurang jelas.. cam sengau2 gitu.. 
tak paham apa yang disampaikan.. kena dengar dengan teliti..
Kedua.. Elemen CGI.. 
Sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan Hikayat Merong Mahawangsa..
Tapi agak baik berbanding dengan cerita-cerita lain.. Perlu diperbaiki..
Percubaan yang baik.. ada scene yang menarik.. ada scene yang nampak tak real..
yang menarik sangat tu bagi aku bab durian jatuh n kapal orang Nian.. 
yang lain-lain tu biasa-biasa je..

Aku sages korang pi la tonton.. n nilai sendiri..
Pandangan masing-masing adalah berbeza.. yang aku suka myb ada yang tak suka..
Yang aku tak suka myb ada yang suka..
Yang penting SUPPORT filem buatan Malaysia..
Anyway, tahniah buat Afdlin Shauki kerana percubaan berani..
Buat filem lain dari yang lain..





0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com