Assalammualaikum.. dan Selamat Malam Malaysia..
Malam ni nak story mengenai percutian aku di Medan, Indonesia..
Akibat kekangan kesihatan dan masa, lambat pulak nak post entry ni..
Maaf yea.. Medan?? Firstly, kenapa aku pilih Medan sebagai tempat percutian??..
Sebab utama ialah tambang flight pergi balik Medan sangat murah..
Tambang murah?? Yup!! Air Asia awal tahun hari tu ada buat promotion..
Tambang CUMA RM5 sehala.. Memang boleh sangat nak beli kan??
Percaya atau tidak tambang pergi balik untuk 2 orang ke Medan hanya berharga RM70..
Tambang termasuk airport tax dan fuel .. Giler kentang murah..
Booking bilik melalui Agoda.com yang selalu offer hotel murah..
So, total pakej hotel + flight untuk 2 orang lebih kurang RM220.00++
Sebab kedua, kerana kami dah ada kenalan di Medan yang boleh bawak kami jalan-jalan..
Sebab ketiga, kerana Medan adalah Bandar ke3 terbesar di Indonesia selepasa Jakarta dan Bandung..
Tempat shopping memang banyak la.. n barang2 adalah sangat murah..
Aku pergi dengan rakan opis.. yang sememangnya sangat sporting..
Lebih kurang 8 dewasa dan 4 kanak-kanak.. memang seronok dan mengujakan..
Ini adalah antara aktiviti yang kami lakukan di sana.. Layannnnn…
Day 1.. (2/12/11-Friday)
LCCT Kuala Lumpur – Medan Airport
Check in Medan Ville Hotel
Merdeka Walk
Day 2.. (3/12/11-Saturday)
Medan – Berastagi Highlands
Bukit Gundaling, Berastagi
Day 3.. (4/12/11-Sunday)
Medan City Tour
Shopping at Medan Mall
Lunch at KFC
Maimoon Palace
Medan Airport – LCCT KL
Aku nak bagi tips sikit.. untuk melancong ke luar negara..
Rancang perjalanan pada awal tahun..
Kenalpasti objektif melancong.. Bercuti? Bersantai? Riadah? Honeymoon? Shopping? Dll..
Pilih tarikh dan masa yang sesuai.. jangan pergi masa musim hujan, sejuk dll..
Rajin-rajin sikit tengok web Air Asia.. untuk tambang murah..Biasa sale dibuat pada awal tahun, hari-hari perayaan, hujung tahun dan setiap hari Jumaat.. Kena sentiasa alert!!
Kalau nak book hotel, aku suggest guna Agoda.com.. harga memang murah dan berpatutan sama ada dlm dan luar negeri.. memang boleh dipercayai..
Kalau tak ada kenalan di negara yang kita nak pi tu, rajin-rajin la cari tourist agent.. buat banyak carian dan compare harga sebelum kita guna khidmat mereka.. kenalpasti aktiviti dan tempat yang hendak dilawati..
Disyorkan pergi secara berkumpulan.. untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan..
Perancangan awal adalah lebih baik supaya percutian kita berjalan dengan lancar dan menyeronokkan..
Disebabkan itu, aku telah pun booking flight untuk melancong ke luar negara pada tahun hadapan.. Di mana?? Hehehe.. tempat dirahsiakan.. masih di dalam negara ASEAN.. Kali ini dengan tambang RM 0.10 sehala.. Lagi gilerrrrrr… sempena Air Asia 10th Anniversary pada 8 Disember, 2011..





0 comments:
Post a Comment