Ini baru betol-betol cuti rehat..Ke mana destinasi kami? Destinasinya adalah tempat yang kami belum pernah sampai lagi..Kami ke Pulau Pangkor, Perak..
Nak kata ini adalah percutian BULAN MADU.. Mungkin ya.. Sebab kami pergi berdua sahaja.. Percutian bulan madu yang entah ke berapa ntah.. Dah tak terkira dah kot..Percutian ini adalah percutian yang tidak dirancang awal.. Last minute deal..Cari tempat penginapan pun sehari sebelum ke Pangkor..Itu pun, tawakal je la.. Kalau ada kosong kami pegi, kalau penuh.. Memang tukar destinasi la nampaknya..
Dengan hanya menggunakan bajet yang agak sedikit, kami dapat bercuti ke Pangkor..Pengangkutan utama di Pangkor adalah menggunakan motosikal..So, kami telah sewa sebuah moto dengan harga RM40 sehari.. Siap dengan minyak sekali..
Kami duduk di Pangkor Indah Beach Resort
Kami duk di chalet dengan harga RM120 sehari.. Harga asal RM105.. Sebab kami book melalui tourist agent.. Harga agak tinggi sedikit la..Antara aktiviti yang kami lakukan 3H2M di Pangkor..
1. Ronggeng naik moto ke kampung Melayu dan Cina..(Habis satu pulau kami pusing-jarak lebih kurang 25km je..)
2. Melawat Kota Belanda
3. Melawat Batu Bersurat
4. Pegi Jambatan Gantung
5. Berjalan-jalan di Pantai Pasir Bogak
6. Pusing-Pusing Pulau Dengan Bot Laju
6. Snorkling di Pulau Mentanggor (RM25 Seorang)
7. Jet Ski (RM70 untuk 20 minit)
8. Makan Ikan Bakar
9. Jalan-Jalan n shopping di Pantai Teluk Nipah (Malam..)
10. Mandi laut..
11. Santai di Pantai Teluk Nipah
12. Bersiar-siar di Teluk Dalam
Secara keseluruhannya.. Percutian ini sangat menggembirakan..
Dengan bajet rendah, tapi still boleh berlibur..
0 comments:
Post a Comment