
Cuti sempena Tahun Baru Cina..Ambil peluang cuti panjang ni untuk balik kampung..Sebenarnya cadangan awal adalah untuk pulang ke kampung utara..Tapi dah family in law sume tak nak balik.. aku n hubby pun batalkan saje plan tu..Tak tau la bile pulak nak balik sana.. Cuti bulan 2, cuti Maulidur Rasul n Thaipusam..Susah sikit nak balik.. Masa tu poket pun dah kering.. hehehehe..Balik Melaka ni macam biasa la banyak aktivitinye..Semalam je dah beberapa tempat kitaorg pegi..Mula2 tu amik my little handsome boy.. Danish.. Seperti biasa, macam dah lame nau tak jumpe..Banyak betol ceritanye.. Dari rumah dia sampai umah kami, asyik dok bercerita je..Macam mak nenek.. Petang ajak dia p main layang2 di Dataran 1Malaysia, Klebang..Seronok gak main layang2 kat situ.. Tak payah susah payah nak terbangkan layang2..Dengan angin laut tu je cukup untuk membolehkan layang2 terbang sendiri..Danish tu memula memang takut nak main, tapi last2 main la jugak..Tak sangka tempat tu menarik.. Banyak batu besar.. Batu tiruan.. Macam filem ombak rindu le pulok.. ngeeee..Sebenarnya mungkin batu tu hendak digunakan untuk menambak laut..Tapi ada kitaorang kisah.? Sempat jugaklah posing maut kat situ..Ada juga batu diletakkan di tebing untuk duk bersantai n memancing..
Malam kami telah ke Hospital Besar Melaka untuk melawat mak mentua abang aku..Sakit dan baru je dimasukkan ke wad.. Semoga makcik imah cepat sembuh..Macam2 sakit sekarang ni.. Yang kebanyakkannya berpunca dari faktor pemakanan..Memang menjadi prosedur di hospital kerajaan, malam tidak dibenarkan melawat..Tapi kami masuk jugak.. Terima kasih pak guard.. Mak aku org yang paling sangat nak masuk.. Nak tengok besan..Bia dah jumpa, panjang pulok citenye.. kitaorg yg menunggu kat luar jadi borink.. Danish n ayah Din (my hubby)..
Balik dari hospital, kami hantar Danish balik umah dia..Kemudian, kami p makan.. Makan asam pedas.. hushhhh..Asam Pedas Claypot di Taman Kota Laksamana..Memang best.. Servis cepat, makanan sedap..Ramai betol orang walaupun waktu tu dah jam 12 lebih n hujan.. Bukan setakat orang melayu je yang datang.. semua bangsa pun ada..Orang cina la paling ramai.. Apa-apa pun memang enjoy makan kat situ..Kalo korang datang Melaka.. Korang mesti kena p makan kat situ..Restoran tu adalah antara restoran asam pedas yang tebaik kat Melaka..
1 comments:
wah..besnyer dapat g jenjalan
Post a Comment