Tuesday, 27 March 2012

+ The Biggest Loser +

Setelah 3 bulan, akhirnya semalam aku dengan berani menimbang berat badan..
Takut rasanya.. Takut berat badan aku bertambah..
Walaupun sebenarnya, aku rasa badan macam ringan sikit..
Kali terakhir timbang berat pada akhir bulan Disember, 2011..
Berat lebih kurang 81.9 Kg.. Mak aiii berat bukan main lagi waktu ni..
Muka ada chubby sikit.. Badan pun lebar je nampak..
Dengan sedikit kekuatan.. Aku timbang jugak.. 
Penimbang pinjam dari Kak Mas, Pengerusi Kelab Aerobik..
Thanks Kak Mas.. Sebab sudi bawak alat tu pegi kelas semalam..

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Sangat suspen dan mendebarkan..
Melompat dengan tinggi..
Yeeeehaaaaa.. Berat sudah turun...
Berat terkini 74.6 kg..  Sudah turun 7.3 kg within 3 months..
Syukur Alhamdullillah.. Berkat mendisplinkan diri..
Mungkin bg sesetengah orang, sedikit je angka penurunan..
 Tapi bagi aku.. ia sangat besar dan sangat bermakna..

Lepas timbang, ramai duk tanya rahsianya..
Rahsia di sebalik kejayaan menurunkan berat badan.. huhuhuhu..
Apa yang aku buat??..

1. Pegi kelas aerobik 3 kali seminggu.. (Isnin, Rabu dan Khamis)
2. Pegi jogging 4 kali seminggu.. (Selasa, Jumaat-Ahad)
3. Tak makan malam.. Kalau lapar makan Nestum 3in1 jer..
4. Bfast n lunch ambil dalam kuantiti yang sedikit..
5. Kurang makan makanan berminyak..
6. Tak makan makanan yang manis2, junk food, fast food dll..
7. Tak minum ais, kurang minum minuman manis2..
8. Minum air masak dengan banyak.. kat opis 2.5 Liter kat umah 2 Liter..

Hahahahha.. Itu la rahsianya..
Sekarang ni target sehingga bulan 6 nanti dapat kurangkan lagi 10 kg.. InsyaAllah..
Yang penting kena displin..

4 comments:

Unknown said...

tahniah.....bulan 4 nie lini dah target nak diet..harap2 berjaya

THE AUTHOR said...

Tahniah ..!!!!!!!!!!!!

inazamri said...

tahniah tumpang hepi.Saya pun berat turun 2kg berkat diet sejak 1 mac ritu.Apepun disiplin tu yg penting.selama hampir sebulan ni perut dah bole terima tak amik mkn malam(nasi).

Azizah Zainudin said...

Terima kasih3..
Jom bersama kita turunkan berat ..

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com