Friday, 29 June 2012

+ Semoga Cepat Sembuh +

Sudah 2 minggu sejak kemalangan mereka..
Kemalangan melibatkan Abang (Along) aku dan anaknya Danish..
Panggilan telefon mak pada jam 11.30 malam 12 Jun, 2012.. 
Adalah sangat memeranjatkan.. Along dan Danish eksiden..
Dari cerita mak, memang kedua-dua mereka cedera parah..
Along patah kaki dan tangan manakala Danish patah kaki dan cedera di kepala..
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui perasaan aku ketika itu..
Sedih, takut semua bercampur baur menjadi satu..
Lagi sedih bila mengenangkan isteri Along yang sedang mengandung..
Yang pasti menjadi orang paling sedih antara kami..
Begitu jugak dengan mak, anak sulungnya ketika itu tidak sedarkan diri..
Sendu dan sedih suara mak di hujung talian..

Aku dan suami pulang ke Melaka dengan segera..
Sampai di Hospital Melaka hampir jam 3 pagi..
Kedua-dua mereka masih belum sedarkan diri..
Dan masih belum dioperasi..
Air mata mengalir deras bila tengok Along terbaring di katil emergency ward..
Tidak tertahan juga air mata ni bila melihat si kecil Danish..
Wayar berselirat di badan dan menggunakan bantuan pernafasan..
Memang sedih sangat2.. 
Aku hanya mampu berdoa supaya mereka diberi kekuatan..
Mampukah si kecil ini menanggung kesakitan??


Sememangnya Danish sangat kuat..
Sepanjang aku jaga dia di hospital, dia tak pernah menangis sebab kesakitan..
Cuma menangis sebab trauma dengan Doktor dan Nurse yang merawatnya..
Alhamdullillah, Along dan Danish selamat dioperasi pada 13 Jun jam 6.30 pagi dan 8.30 pagi..



Pada 14 Jun, kedua-dua mereka sudah mula makan dan minum..
Dan kesihatan mereka bertambah baik tanpa demam..
Tapi lain pulak jadi pada aku.. Aku demam dan batuk2.. 
Sampai tak larat nak bangun dan makan.. 
Aku jaga org sakit, aku pulak yang sakit..
Alhamdullillah.. Walaupun sakit aku gembira mereka kembali pulih..
Tengok Danish tu, sudah sihat dan boleh bermain2.. 
Tak ingat kaki kena simen tu..
Gembira dapat main angry bird dengan Ayah Din (my hubby)..
Danish discharge dari wad 18 Jun..
Dan Papa Danish discharge dari wad pada 21 Jun..
Alhamdullillah..



Raya tahun ni, Danish tak dapat beraya la nampaknya..
Kaki kena simen 2 bulan.. Sian Danish..
Budak aktif macam Danish ni tak boleh nak duduk diam..
Semoga Danish cepat sembuh.. 
Maafkan umi n ayah Din sbb tak dapat balik Melaka tgk Danish..
Minggu lepas dan minggu ni kena outstation..
Kami hanya mampu doakan Danish dan Papa cepat sembuh..
Love both of you..

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com