Sabtu dan Ahad adalah hujung minggu yang sangat padat..
Macam-macam program yang
aku buat..
Cadangnya nak pegi aerobik di Presint 9..
Akhirnya aku pergi
rehearsal kawad Hari Wilayah..
Kat Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur..
Hari Wilayah yang
disambut pada 1 Februari..
Aku dan rakan-rakan
seapartment mewakili Komuniti 1 Malaysia (K1M)..
Di bawah Jabatan
Penerangan Malaysia..
Ramai jugak yang join..
Komuniti dari KL dan Putrajaya..
Ini adalah penyertaan
kali pertama K1M di perarakan Hari Wilayah..
Penyertaan kali pertama
buat aku jugak..
Saje nak cari
pengalaman..
Daripada duk terperap
kat rumah, baik buat benda yang berfaedah..
Untuk info, Hari Wilayah
akan disambut di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur..
Pada 2 Februari, 2013
(Sabtu)..



0 comments:
Post a Comment