Alhamdullillah..
Akhirnya
aku berjaya juga nak buat entri percutian aku pada minggu lepas..
Percutian
kali ni agak menarik dan berbeza sikit dari sebelum ni..
Sehingga
ke hari ini aku terasa rindu mengamit kenangan di sana..
Buminya
aman.. Kehijauannya mendamaikan.. Secantik mata memandang..
Orang-orangnya
baik sekali.. Berbudi bahasa dan bersopan santun..
Seperti
berada di bumi Malaysia rasanya..
Jeng..
jeng.. jeng.. Di manakah tempat bertuah itu?
Tarikh
: 4-6 Januari, 2012
Lokasi
: Padang, Indonesia
Macam
biasa, penerbangan ke sana menggunakan khidmat Air Asia..
Sekali
lagi dapat tambang murah.. Kalao tak silap RM59 pergi balik.. (tak ingat dah..)
Beli
masa sale tahun lepas.. Lokasi ni sebenarnya tidak dirancang..
Aku
main pilih je.. Selalu dengar orang bercerita pasal Padang..
Sebab
terkenal dengan produk sulaman di Bukit Tinggi..
Bermulanya
perjalanan kami seawal 5.30 pagi bertolak dari rumah ke LCCT..
Solat
subuh dan sarapan di sana.. Boarding time jam 7.30 pagi..
Tak
sempat nak duduk menunggu terus beratur untuk boarding..
Sampai
di Padang lebih kurang jam 8 pagi waktu Indonesia..
Buat
pertama kalinya, ada orang pegang kertas nama aku.. huhuhu..
Welcome
Mrs. Azizah Zainudin.. Aku guna khidmat agen perlancongan di sana..
Cadang
nak ambik agen dari Malaysia..
Tapi
harganya sangat mahal dan sangat berbeza
dengan harga yang ditawarkan oleh agen di Padang..
dengan harga yang ditawarkan oleh agen di Padang..
I put
all my trust to this agent..
Almaklumlah first time menggunakan servis diorang..
Almaklumlah first time menggunakan servis diorang..
Alhamdullillah
semuanya berjalan lancar.. Agen tu memang boleh dipercayai..
Kepada
yang berminat boleh check website Pelangi Holiday..
Korunk
akan puas hati dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan..
Hari
Pertama : 4 Januari, 2013 (Bukit Tinggi)
Lokasi
1 : Kedai Buah..
Pak Zal
selaku tourist guide ajak kami berhenti
beli buah..
Katanya
sekarang musim buah dan harganya murah..
Memang
sepanjang jalan menuju ke Bukit Tinggi ada macam-macam buah dijual..
Buah
manggis, betik, durian, jagung.. Semuanya Nampak sedap..
Kami
Cuma singgah di kedai jual Manggis..
Sekilo
harga lebih kurang RM4.. Rasanya manis..
Lokasi
2 : RM Puncak Kiambang
Tempat
ni tiada dalam pakej pelancongan kami..
Tapi
Pak Zal ajak kami singgah untuk minum air kelapa yang dipetik oleh monyet..
Sambil
menikmati pemandangan.. Memang cantik tempatnya.. SubhanaAllah..
Lokasi 3 : Lembah Anai (Air Terjun)
Air
terjun ni memang best.. Baru sampai tapi dah terasa kedinginan airnya..
Apatah
lagi kalau dah berdiri kat situ..
Memang
nyaman..
Kata
Pak Zal, air di Lembah Anai boleh mengubati penyakit kulit dan bikin kita awet
muda..
So,
sesiapa yang nak awet muda kenalah, turun dan ambil air sapu di muka..
Tapi
petuanya, sapuan di muka hendaklah dibuat melawan arah jam..
Kalau
tak ikut, tak jadi la awet muda.. hehehehe..
Sekitar
kawasan ni ada gerai-gerai jualan produk kampung..
Aku
sempat gak rembat 3 jenis kuih tradisional kat situ.. Harga pun murah..
Lokasi
4 : Minang Village (Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Minangkabau)
Tempat
ni aku kira paling best sekali..
Kalau
nak tau pasal Minagkabau, di sini lah tempatnya..
Tempat
ni macam ala-ala muzium.. Banyak info boleh dapat..
Yang
paling best dapat pakai pakaian pengantin Minangkabau..
Dengan
harga sewaan pakaian hanya RM12 sahaja.. (teringat masa kawen aku dulu..)
Korunk
boleh pakai selama mana pun.. Pastu pegi la posing dan bergambar dulu..
Yang
ponting tak boleh bawak balik baju tu.. hehehehe..
Cun tak
aku?? (Nampak gemokkkzz…)
Lokasi
5 : Rumah Makan dan Restoran Pak Datuk
Kat
sini kami dihidangkan dengan makanan Padang..
Banyak
betol makanannya.. Tapi setiap piring dibubuh lauk sikit sahaja..
Ingatkan
tak cukup tapi sebenarnya lebih dari cukup.. Alhamdullillah..
Putri
Minang Shopping Centre
Di sini
la bermula journey untuk bershopping produk sulaman..
Memang
juling biji mata tengok kain-kain sulam, telekung, baju dan banyak lagi..
Fuhhhh..
Aku tengok je la.. Lum ada hati nak membeli..
Kat
sini diorang terima Ringgit Malaysia instead of Rupiah..
Lokasi
7 : Masjid Jami’ Darussalam Kotobaru
Di
daerah yang sama, kami berhenti solat..
Kagum
gila tengok masjid diorang.. Cantik sangat..
Untuk
info, sepanjang jalan kita boleh nampak masjid dan surau..
Memang
terlalu banyak..
Kadang-kadang dalam anggaran 500m dah jumpa rumah Allah..
Kadang-kadang dalam anggaran 500m dah jumpa rumah Allah..
Sebenarnya
Padang juga dikenali sebagai Serambi Mekah..
No
wonder masjid dan surau banyak di sana..
Lokasi
8 : Kedai Sulam dan Bordir OKE
Kedai
ni pun sama dengan lain-lain kedai.. Jual produk sulaman..
Harga
memang murah-murah..
Kat
sini aku beli 4 pasang kain telekung dengan harga RM120..
Kalau
kat Malaysia memang tak dapat harga macam tu..
Telekung
penuh dengan sulam-sulaman..
Lepas
beli aku terus keluar kedai sebab tak mau berlama-lamaan..
Takut
TERBELI lain-lain barang pulak..
Keluar
kedai pekena kopi.. Memang terbaekkk..
Untuk
info, hampir semua kedai sulaman yang kitaorg singgah mesti ada coffee corner..
Khas
untuk bapak2 yang menunggu ibuk2nya membeli belah..
Kopinya
free.. boleh minum banyak kali.. hehehehe..
Macam
aku yang gile kopi ni mmg tak cukup secawan..
Lokasi 9 : Kedai Sulaman Tangan dan Bordiran Linduang Bulan
Sama
juga dengan kedai yang lain..
Jual
produk sulaman.. Aku memang tahan hati je untuk tidak membeli..
Kalau
ikutkan memang habis aku borong..
Lokasi
10 : Yenie Bordir
Tempat
ni adalah rumah orang yang menjalankan perusahaan sulaman..
Memang
banyak gila kain-kain sulaman..
Dan
harganya agak berbeza dengan kedai sulaman yang kami singgah..
Lagi
murah dan lagi banyak pilihan..
Memang
rambang mata.. Tak tau nak pilih yang mana satu..
Sebab
aku tak berapa nak minat sangat kain sulaman..
Jadinya
aku tak beli langsung..
Tapi
aku kira ini adalah tempat yang WAJIB korang pegi kalau datang ke Bukit
Tinggi..
Kat
sini saja kitaorang spend 1 jam..
Lokasi
11 : Bukit Tinggi City Tour
Tempat
ni sejuk sikit macam kat Cameron Highland..
Orang
kata kalau datang ke Bukit Tinggi, tak singgah Jam Gadang tidak sah..
Ini
adalah tarikan utama di Bukit Tinggi..
Di
kawasan sekitarannya ada orang menjual souvenior..
Baju
tshirt, topi, key chain, kasut dan banyak lagi..
Boleh
tawar-menawar dan harganya memang sangat berpatutan..
Aku
beli 5 helai tshirt dengan harga Rupiah 125,000 bersamaan dengan RM42..
Murahkan?
Kain tshirt lebih kurang kualiti tshirt di Malaysia..
Okeylah
kan? Untuk kenang-kenangan di Bukit Tinggi..
Pasar
Atas Bukit Tinggi
Tempat
ni terletak berdekatan dengan Jam Gadang..
Ada
banyak betol gerai-gerai jualan..
Dan
macam-macam yang dijual.. Kasut, baju, makanan, buahan dll..
Tempat
ni aku boleh gambarkan macam kat Padang Besar, Perlis..
Lokasi 12 : Resoran Sederhana
Lokasi
terakhir sebelum kami check in hotel..
Seperti
biasa makanan yang dihidangkan adalah nasi Padang..
Lauk
yang pelbagai.. (kena makan jugak sbb dah termasuk dalam pakej..)
Overall
memang sedap.. Alhamdullillah..
Hotel
ni 2 star ++ termasuk dalam pakej..
Walaupun
2 star tapi keselesaannya 4 star..
Bilik
besar dan sarapan pun sedap.. Ada wifi free lagi.. (lupa snap gambar..)
Pagi-pagi
ada orang menjual kat luar hotel..
Jual
kain telekung, tudung dan lain-lain lagi..
Yang
tak sempat membeli masih ada peluang lagi membeli sebelum meninggalkan Bukit
Tinggi..
1 comments:
Salam,
Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp)
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:
http://freelancetour.blogspot.com/
Post a Comment