Wednesday, 9 January 2013

+ Wordless Wednesday-Fun @ PPJ Square +


Majlis Pelancaran Fun@PPjsquare yang akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 8.30 - 10.30 malam,  12 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya, Kompleks PPj, Presint 3, Putrajaya.

Fun@PPjsquare merupakan inisiatif PPj untuk menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat Putrajaya, khususnya Persiaran Perdana dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada hujung minggu. Program yang mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga ini akan dianjurkan pada hari Sabtu, minggu ke dua dan terakhir, setiap bulan.

Bagi memeriahkan majlis pelancaran ini, PPj telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik seperti persembahan nyanyian oleh Najwa Latif, Ito Blues Gang, sesi bersama Upin & Ipin, permainan inflatable untuk kanak-kanak, persembahan tarian, kuiz, cabutan bertuah dan sebagainya. 

1 comments:

Kupukupu said...

wah ! ktorg mmbe2 bru plan nk gi sne hjung mingu nie..mg best r... :)

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com