Saturday, 2 February 2013

+ Hari Wilayah-1 Februari, 2013 +

Selamat Hari Wilayah.. Hari yang disambut pada 1 Februari setiap tahun.. Sabtu lepas aku berpeluang untuk menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Wilayah.. Pagi-pagi lagi dah tercegat kat Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur.. Menjadi kebiasaan mana-mana perbarisan pun kontijen mesti kena datang awal, walaupun perbarisan bermula jam 9 pagi.. Bukan lah teruja sangat.. Tapi terpaksa ikut masa.. Sambutan dirasmikan oleh PM dan dihadiri lebih kurang 20 000 orang.. Kira penuhlah tempat duduk dalam stadium dan ditambah lagi dengan peserta perbarisan..

Yang menarik sekali ialah hadiah cabutan bertuah.. Kalo tak silap lebih kurang 200 hadiah yang disediakan.. Hadiah utama kereta MyVi Special Edition.. Hadiah kedua dan ketiga pulak motor.. huhuhu.. Sedihnya dalam banyak-banyak tu, satu pun nombor aku tak bertuah.. Tak de rezeki.. Best juga join perbarisan ni walaupun terpaksa berdiri kat tengah-tengah padang hampir 3 jam.. Aku kira sambutan ni sangat meriah dengan warna warni pakaian kontijen perbarisan, penari-penari kebudayaan dan kibaran bendera wilayah oleh orang awam.. Ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap masa kat Stadium.. Layannnnn…















0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com