Thursday, 11 April 2013

+ Spontaneous Thursday - Alhamdullillah +

Bismillah..

Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi. Masih dipanjangkan usia untuk bernafas di bumiNya. Masih dipanjangkan usia untuk beribadah kepadaNya.

Sudah seminggu sejak pulang dari mengerjakan umrah. Kerinduan berada di rumah Allah masih dirasai. Rindu rasanya untuk berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Rindu rasanya bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk beribadah. Dan sangat merindukan tempat-tempat mustajab untuk berdoa.

Masihkah aku diberi peluang? Ya Allah, semoga aku dijemput berulang kali untuk menjadi tetamu mu Ya Allah. 

Kali pertama berada di Madinah Al-Munawarrah dan Mekah Al-Mukarramah memberi aku pengalaman yang sangat indah. Pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila pun. Pengalaman yang tidak mungkin akan dapat ditukar gantikan dengan apa pun.

Apatah lagi berada di kedua-dua tanah suci ini dengan orang yang sangat dicintai dan disayangi. Telah menjadi hajat aku untuk menjalankan ibadah umrah bersama suami sejak mula berkahwin lagi. Hajat sekiranya ditakdirkan dalam tempoh 6 tahun usia perkahwinan masih belum dikurniakan zuriat.

Akhirnya tercapai juga hajat tersebut dalam usia perkahwinan kami menginjak ke 7 tahun pada bulan Mei ini. Allah sahaja yang mengetahui kegembiraan kami untuk ke sana. Di sini bermulalah, pengembaraan kami menjadi musafir untuk menjalankan ibadah umrah, memohon keampunan Allah dan memohon dimakbulkan segala doa kami.

p/s-nanti akan update lagi..

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com