Thursday, 30 May 2013

+ Mee Racun, Batu Pahat +

Nak dekat sebulan tak update blog. Banyak betul kerja sekarang ni. Macam biasa la. Siang bekerja, malam dah penat tak sempat nak buat apa. Tidur je la. Mujur duk sorang je kat umah. Kalau ada anak, memang tak terurus la badan ni.

Seriously, memang sejak akhir-akhir ni aku memang cepat letih dan penat. Kena makan supplemen untuk boost up badan. Mungkin sebab kerja dalam air cond, aku cepat rasa letih. Tambahan lagi sekarang ni macam dah malas nak exercise. Asal balik kerja je terus nampak bantal dan akhirnya tertidur. Memang tak baik amalkan tidur petang. Kalau istiqamah selama 40 hari memang kompem jadi gemuk. Hahahahaha.. Tak mo!!!

Hari ni aku outstation ke Negeri Johor. Pegi dengan boss kecik dan pemandu sahaja. Pergi Johor untuk bagi taklimat IKAM (Indeks Kualiti Air dan Marin) ke JAS Negeri Johor. Ini adalah roadshow kami yang ketiga selepas Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Bulan Jun ni kira penuh la jadual roadshow kami. Huhuhuhu.. Sambil bekerja sambil melancong di Negeri orang. Pastu jalan-jalan cari makan.

Johor memang dah selalu pergi. Cuma bezanya sekarang ni pergi atas urusan kerja. Tapi tak pe, sambil menyelam sambil minum air. Destinasi pertama kami kali ini ialah Kedai Makan Mee Racun, Batu Pahat. Mee Racun mungkin ada yang dah pernah makan. Tapi ini adalah kali pertama nak cuba. Teruja, bila teringat Mee Racun ni penah keluar kat program jalan-jalan cari makan (JJCM) kat tv3.

Mee racun ni tak reti lak aku nak describe sedap atau tak sebab aku memang tak makan mee berkuah. Tapi sebab keglameran mee ni aku try makan jugak la. Rasa memang sedap. Dalam mee ni ada sayur, telur tahu, fishball dan daging. Aku makan mee racun special. Special tu sebab diorang tambah tulang kambing. Rasa mee ni masam-masam mcm makan mee hailam. Harga mee racun ni boleh tahan la. Tak mahal sangat. Mee racun biasa hanya RM5 dan mee racun special hanya RM9.50 sahaja. Terkejut jugak aku. Kalo kat KL ni memang tak dapat harga macam tu.

Lokasi kedai mee racun ni dekat dengan Pine Tree Hotel dan berdekatan dengan bangunan Tabung Haji, Batu Pahat. Senang nak cari. Kalo dari KL le exit tol Yong Peng Utara. Layankan gambar Mee Racun Special ni..
















0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com