Tuesday, 1 September 2015

+ Selamat Hari Lahir Sayang!! +

31 Ogos, 2015 genap setahun usia Mohamad Ammar Saufi. Ummi telah berazam dan bercita-cita untuk kembali aktif menulis blog setelah cukup setahun anak ummi dilahirkan. Rasa sangat rindu untuk menulis dan bercerita dalam blog ini. Semoga nanti apa yang ditulis dalam blog ni akan kamu baca.

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah setahun berlalu sejak kamu dilahirkan. Dalam setahun ni banyak cerita suka duka dalam membesarkanmu. Terlalu banyak juga momen indah yang hendak diceritakan.

Selamat hari lahir yang pertama Mohamad Ammar Saufi. Kelahiranmu dari rahim ummi membawa seribu kesyukuran dan kegembiraan. 


Ya Allah, panjangkan umur anakku untuk kebaikan, berikan dia kesihatan yang baik dan kurniakan dia rezeki yang berpanjangan. Ya Allah, sempurnakan akhlak serta agamanya, sejahterakan jiwa raganya dan anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan hati yang baik. Ya Allah, jadikan dia anak yang soleh, bertakwa, beriman dan lindungi serta rahmati kehidupannya di dunia dan di akhirat. 



0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com