Friday, 15 December 2006

+ Genting Highlands, Pahang-Pra Honeymoon +

Tarikh : 7 Julai, 2006
Lokasi : Taman Tema Genting Highland, Pahang

Ini adalah percutian hujung minggu pertama aku dan adik-adik ipar. Percutian sebagai tanda terima kasih dan penghargaan aku dan suami kepada mereka selepas sebulan kami mendirikan rumah tangga. Adik beradik je, mak dan ayah mertua tak berminat untuk berlibur bersama kami di Genting Highlands. Lagipun memandangkan kereta kami tak muat untuk mereka. Hehehehe..

Ini bukanlah kali pertama aku dan suami mengunjungi Genting Highland tapi masuk kali ni sudah kali ketiga. Walaupun sudah beberapa kali ke sini tapi masih belum berpeluang untuk main semua game. 

Semua orang excited nak pegi. Kami naik pajero ke Genting dan seterusnya naik cable car ke puncak Genting. Aku masih terasa gayat walaupun pernah naik cable car sebelum ni.

Seharian kami kat Genting. Dapatlah rasa semua game, walaupun terpaksa beratur panjang untuk main.
 
Kami hanya berlibur di outdoor game sahaja. Itupun sudah sangat memenatkan. Harap lepas ni kami dapat pegi lagi beramai-ramai dan mungkin dengan pertambahan ahli keluarga baru.

 senyum..

 with my in laws..

 kayuh jangan tak kayuh..

 senyum..

 penat dah tu..

 cable car..

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com