Friday, 15 December 2006

+ Cameron Highlands, Pahang-1st Honeymoon +

Tarikh : 17-19 Julai, 2006
Lokasi : Cameron Highlands, Pahang

Cameron Highlands. Tempat yang dah lama aku teringin nak pergi. Dan tanpa disangka, En Suami telah mencadangkan percutian kami ke sana. Percutian bulan madu pertama kami, setelah hampir dua bulan bernikah. Tak sempat berbulan madu sebab awal pernikahan masa itu aku masih lagi dalam kursus asas perkhidmatan. Kursus 3 bulan yang masih berbaki sebulan selepas tarikh pernikahan kami.

Alhamdullillah akhirnya kami dapat juga bercuti bersama-sama. Di Cameron kami stay di Pine Resort yang terletak di Tanah Rata dan menggunakan khidmat agen perlancongan untuk ke tempat-tempat menarik di Cameron Highlands. Untuk yang pertama kali sampai ke Cameron macam kami ni, menggunakan khidmat pelancongan adalah pilihan yang bertepatan.

Antara tempat yang kami lawati adalah seperti yang berikut;

Lokasi 1 : Ladang Teh, Sungei Palas
Ladang teh yang paling luas di Cameron. Memang teruja tengok ladang teh ni. Saujana mata memandang. Hijau mata coklatku. Hehehe…

 tak nampak sangat muka tu..

 i luv tea..

berdua lebih baik..

Lokasi 2 : Kilang Teh, Sungei Palas
Kilang memproses teh secara konvensional. Memang banyak info yang boleh kita dapat mengenai proses pembuatan teh.

 macho man..

 sweet..

kat tangga pun boleh..

Lokasi 3 : BOH Tea Centre, Sungei Palas
Kat sini jual macam-macam jenis teh. Pening nak pilih dan beli teh. Kalau nak minum teh pun boleh, sebab kat sini ada juga kafe untuk minum dan makan serta bersantai-santai.

 lihat la saya..

 tegak je.. tak de idea nak posing..

luv this pic..

Lokasi 4 : Puncak Brinchang
Puncak yang paling tinggi di Cameron dengan ketinggian 6666 m dari paras laut.

 tingginya..

gayat plak rasanya..


Lokasi 5 : Hutan Simpanan Kekal H.S Batu Gangan
Memang cantik tempat ni. Hutan kekal yang mempunyai pokok-pokok yang menarik.


 ensem tak? berdiri atas akar pokok ni..

 dan lagi..

 peace!!

tadahhh!!

Lokasi 6 : Perkampungan Orang Asli
Kat sini dapat lihat situasi dan kehidupan orang asli.







Lokasi 7 : Air Terjun
Air terjun tapi awas tak boleh nak mandi tapi boleh bergambar je.


air terjun.. tak tinggi sangat..

letak camera atas jambatan..

Lokasi 8 : Cactus Valley
Macam-macam jenis cactus ada di sini. Dari cactus kecil hingga yang paling besar.


catus batu..

banyak betol cactus..

Lokasi 9 : Strawberry Park
Kat Cameron ni banyak betol strawberry park. Sini kita boleh petik sendiri strawberry yang kita nak. Lepas tu timbang dan bayar je. Harga strawberry kat sini jauh lebih murah dari yang dijual di luar ladang.


petik sendiri strawberry..

ni la hasilnya..

Lokasi 10 : Ladang Jagung
Yang suka makan jagung boleh beli jagung kat sini.


pokok jagung..

lum ada buah lagi dah..

Lokasi 11 : Watercrest
Tanaman sayur bertingkat yang banyak diusahakan di Cameron.


watercrest..

lepak dulu.. penat dah ni..

Lokasi 12 : Ladang Sayur
Pelbagai sayur-sayuran boleh dilihat di sini.


pose lagi..

aummm..

Lokasi 13 : Ladang Bunga
Bunga kat sini ada macam-macam jenis. Kalau minat boleh beli bunga kat sini dengan harga yang sangat murah.






dalam taman bunga.. weeee..

Hari seterusnya kami menggunakan kereta sendiri untuk berjalan-jalan di Cameron. Kami pergi ke tempat-tempat seperti yang berikut;





pose dengan kereta dulu..

Lokasi 1 : Rose Valley
Dah nama rose valley kan. Memang banyak la bunga ros kat sini. Ada pelbagai warna. Ada juga bunga selain ros.


















Lokasi 2 : Bee Farm
Selain boleh tengok lebah, sini boleh gak tengok rama-rama dan serangga-serangga lain. Nak beli madu, sini lah tempatnya.





Lokasi 3 : Lata Iskandar
Dalam perjalanan pulang kami singgah banyak tempat untuk membeli sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan untuk di bawa pulang sebagai cenderamata. Sempat juga singgah di Lata Iskandar untuk menikmati kesejukan air terjun.


Hubby dah penat.. muka ketat je sayang ni.. 

Percutian pertama di Cameron memang menyeronokkan. Walaupun percutian ini tidak dirancang sepenuhnya tapi kami sangat gembira. Harap dapat datang lagi ke Cameron. Kalau boleh nak pegi sini setiap tahun.

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com