Friday, 29 August 2008

+ Bukit Tinggi, Pahang-3rd Honeymoon +

Tarikh : 24-25 Dis, 2008
Lokasi : Bukit Tinggi, Pahang

Tahun ni kami memilih untuk bercuti di Bukit Tinggi, Pahang. Cuti bulan madu tahun ketiga usia perkahwinan kami. Teringin nak pergi tempat ni sebab orang kata tempat ni ala-ala France. Kalau duduk sini memang rasa macam kat France la.

Memandangkan lokasi Bukit Tinggi tak berapa  jauh dari Kl, kami cadang pergi bercuti untuk tempoh 2H1M je. Last minute booking bilik di Berjaya Hills. Memang bilik waktu ni fully booked. Lambat sikit memang kempunan nak duk kat sini. Maklumlah cuti Krismas, memang ramai ambil peluang bercuti di Bukit Tinggi.

Kami bertolak dari KL pun dah lewat petang. Malam baru sampai kat Bukit Tinggi. Menggagau jugak carik Berjaya Hills. Finally sampai jugak dan masa check in ramai duk santai kat lobby hotel nak sambut Krismas. Nak tunggu santa claus agaknya. Ngeeee.. Aku dan suami pas check in duk lepak-lepak kat dalam bilik. Bilik memang besar giler dan cantik. Memang ala-ala France la. Memang best untuk berbulan madu.

Kitaorg  kemudian keluar jalan-jalan kat luar hotel. Sedut udara segar di luar. Memang terasa angin sejuk, macam kat Cameron jugak rasanya. Sempat juga bergambar di luar kawasan hotel yang kami kira menarik jugak. Layankan gambar-gambar ni.










Hari berikutnya, kami memulakan aktiviti di awal pagi. Bukak pintu ada stoking merah tergantung kat pintu. Wahhh memang betol santa claus datang la. Hahahaha.. Dalam stoking ada candies dan cookies. Ni mesti orang hotel yang gantung. Punyalah ramai orang pagi tu, sampai nak breakfast pun ken beratur panjang. Pulak tu  tak de tempat nak duduk. Akhirnya dapat juga duduk tapi tak boleh berlama-lamaan untuk breakfast sebab ramai dah tunggu nak duduk.

Memulakan aktiviti dengan berjalan-jalan di kawasan Berjaya Hills. Ada mini konsert kat main stage. Ada clown show dan banyak lagi. Best juga datang masa perayaan ni. Ramai orang dan banyak show yang diorang persembahkan. Kat kawasan ni juga ada kedai-kedai makanan ala France macam spaghetti, pizza dan lain-lain lagi. Ada juga kedai jual cenderamata macam tshirt, key chain, fridge magnet, barangan kraf dan banyak lagi.








Abes jalan kat situ, kitaorang drive ke Japannese Village. Lokasi tak berapa jauh dari Berjaya Hills. Tiada bayaran masuk yang dikenakan tapi kalau nak pakai kimono kena bayar RM20. Kalao nak bergambar sakan boleh la sewa baju tu.  Kitaorg malas nak tukar baju, jadi tak sewa pun baju kimono tu. Kalau ikut hati memang teringin.





Keluar Japannese Village kitaorg pergi Jungle Trackking. Jalan-jalan tengok pokok-pokok, bunga-bunga dan monyet yang bergayut-gayutan. Ramai jugak yang jalan-jalan kat situ memerhati hutan sambil bergambar.


Destinasi terakhir yang sempat kami pergi ialah Berjaya Hills, Horse Trails. Kalau minat dan suka menunggang kuda, kat sini aktiviti tersebut boleh dilakukan. Tapi ada bayaran tertentu yang dikenakan mengikut kadar masa tunggangan. Yang ni aku tak ingat berapa harganya. Kitaorg tak naik kuda sebab baju yang dipakai tak sesuai untuk aktiviti menunggang kuda. Jadi tengok je la. Hehehe.. 


Percutian kami berakhir di sini je. Kalau ikotkan, ada lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati di Bukit Tinggi. Sebabkan percutian yang terlalu singkat, kami tak sempat dan tak berminat nak pergi. Tapi overall, tempat ni sebenarnya sesuai dilawati dalam tempoh masa satu hari sahaja tanpa perlu bermalam pun di Bukit Tinggi. Boleh pergi pagi-pagi dan balik petang. Datang berkelah dan santai di Bukit Tinggi kompem menyeronokkan.




0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com