Tarikh : 17-19 Jun, 2007
Lokasi : Pulau Langkawi, Kedah
Langkawi juga adalah salah satu tempat peranginan yang memang aku suka
nak pergi. Hajat nak ke Langkawi tu selalu ada tapi nak pergi selalu tak berkesempatan.
Aku ni memang susah sikit nak bercuti hujung minggu. Hanya berkesempatan
bercuti kalau ada cuti semester. Sebagai pelajar part time, itulah yang
terpaksa aku korbankan. Orang bercuti sabtu dan ahad, aku sibuk duk bersengkang
mata di dalam kelas. Huhuhuhu..
Tapi peluang cuti semester ni, aku gunakan untuk cuti bulan madu kedua
aku dan suami. Pilihan yang tepat sekali. Hehehe.. Langkawi, aku datang!!.
Untuk memudahkan percutian kami, aku telah pun booking flight air asia pergi
dan balik beserta hotel. All in return
flight 2 orang dan hotel untuk 3H2M
hanya lebih kurang RM600 sahaja. Sangat berbaloi aku rasa.
Sampai Langkawi, macam biasa memang kena sewa kereta. Kami sewa kereta
di Airport dengan harga RM80 dan terus ke Hotel Awana Porto Malai. Jarak antara
airport dengan hotel tak lah berapa jauh sangat. Sekejap je dah sampai.
Antara tempat-tempat yang kami kunjungi sepanjang berada di Langkawi adalah
seperti yang berikut;
Lokasi 1 : Tasik Dayang Bunting
Orang kata kalau berhajat nak mengandung, boleh minum air dari tasik
ni. Wallahualam.. Aku telan jugak air tasik ni. Ngeeeee..
Lokasi 2 : Eagle Feeding
Bagi makan kat helang dari atas boat. Memang best dan menarik.
Lokasi 3 : Beras Basah Island
Kat sini kitaorang turun dan jalan-jalan je. Tak mandi pun, takut basah
dan malas nak tukar-tukar baju. Kat sini la start camera kitaorang rosak. Ntah
mcamana boleh rosak. Patut la gambar aku tu pelik semacam.
Lokasi 4 : Cable Car
Tak berpeluang naik cable car sebab ditutup sementara masa kami datang.
Syukur tak dapat naik. Kalau naik jugak tu, mau aku terjerit-jerit dalam cable
car tu.
Lokasi 5 : Mahathir Galleria
Banyak koleksi Tun Mahathir yang dipamerkan di sini. Sebagai peminat
Tun, tempat ni paling aku suka nak pergi. Tak de gambar nak tunjuk. Camera
rosak. Hampehhhh..
Lokasi 6 : Pekan Kuah
Kat sini memang shopping habis la. Yang memang wajib pergi, Idaman Suri
dan Haji Ismail Group. Barang semua murah-murah. Fuhhhhh.. Bestttttt..
Lokasi 7 : Pantai Chenang
Kat sini kitaorang jalan-jalan sambil cuci-cuci mata. Banyak betol
kedai kat sini. Boleh la nak membeli-beli. Kitaorg sempat jugak singgah di thai
spa untuk urut kaki. Relaks dan santai.
Kami tak banyak buat tour kat Langkawi ni. Setakat Island Hoping dan
city tour je. Banyak lagi aktiviti yang kami tak sempat nak buat. Maklum lah
berbulan madu, banyak masa dihabiskan di hotel je. Ngeeee.. Tapi tang shopping,
memang aku tak tinggal lah. Itu memang tak boleh tak buat kalau datang
Langkawi. InsyaAllah kalau ada rezeki nak repeat semula datang Langkawi ni.









0 comments:
Post a Comment