Sumber : Berita Harian Online
PETALING JAYA: Bekas peserta Prelude Akademi Fantasia Empat (AF4) antara enam protege pilihan yang akan bersaing dalam Mentor musim kelima bermula pada 6 Mac ini.
Nurshiha Mohd Zikir, 24, atau Shiha (atas) dari Kuala Lumpur menjadi protege kepada penghibur tersohor, Datuk Sharifah Aini.

Selain Shila, peserta lain adalah penari sambilan, Ratnah Awal, 26, yang berada di bawah bimbingan Adlin Shauki, manakala Aiman Hakin Ridza Abdoh, 22, diasuh oleh Rahim Maarof.
Sementara itu, Erra Fazira akan menjadi mentor kepada Salmah A Asis, 21; Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25, pula menjadi anak didik Edry Abdul Halim dan Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, pula dipilih oleh Noh Hujan sebagai protegenya.
Sesi memperkenalkan barisan protege musim baru itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.
Mereka yang menerima bimbingan mentor masing-masing akan beraksi setiap minggu selama sebulan setengah bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta dan peluang bergelar artis rakaman.
Program realiti kelolaan TV3 itu menarik minat hampir 3,000 peserta yang mengambil bahagian dalam sesi uji bakat peringkat awal yang diadakan bermula 18 Disember lalu.
Program itu juga melahirkan juara Norafizah Mohammad Yasin (Pija), Mohd Firdauz Abdul Halim (Fiq), Hanifah Md Hanafiah (Black) dan Mohd Izwan (Mohd) sebelum ini.

1 comments:
owh patotlah macam kenal je.. huhu ;)
Post a Comment