Disebabkan gigi aku sakit yang teramat sangat, pagi tadi aku kuatkan hati pi klinik jugak..
memang berdebar la kan..
aku ni, kalo cabut gigi tu tak la seram sangat tapi tang cucuk ubat kebas kat gusi adalah bende yg paling seram dan sangat menakutkan.. huargggghhh..
bila-bila pikir balik.. aku nak sakit gigi selamanya atau nak sakit sekejap je.. aku rasa baik pi..
malas sebenarnya nak pi klinik.. bukan apa, paham2 je la kalo pi klinik kerajaan ni..
menunggu giliran yang tak boleh nak tahan tu..
kalau pi klinik swasta, memang cepat tapi kena sediakan ongkos secukupnya..
kalau tak silap, cabut gigi je dalam 70 ke 100.. memang mahal..
sebabkan dah tengah bulan, memang poket agak kering la..
so, aku decide pi klinik kerajaan je la..
klinik gigi yang paling terhampir dengan opis aku adalah kat Presint 9..
memang aku tak pernah buat rawatan gigi kat situ..
alkisahnya.. aku pun pi la klinik tu..
seperti yang aku jangkakan.. memang lama..
so, sebabkan concern sangat dengan masa..
aku cuba catat semua masa yang diambil semasa mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik tu..
so, ini adalah masanya..
sampai klinik gigi-8.58 pagi..
ambil no. untuk pendaftaran-8.59 pagi
diberi no. untuk rawatan-9.26 pagi
menerima rawatan-11.30 pagi
selesai rawatan-11.33 pagi
scan giliran untuk ubat di farmasi-11.37 pagi
dapat ubat-11.45 pagi..
aku mmg sedia faham, kalau pi klinik kerajaan mmg akan ambil masa yang lama..
so aku redha je la.. tapi yang aku tak boleh nak terima ialah.. bila Dr cakap..
‘Gusi awak ni ada bengkak sikit, so tak boleh nak cabut hari ni.. takut ubat kebas tak sampai kat gusi.. nanti awak sakit.. Saya bagi awak ubat antibiotic.. selepas seminggu awak datang.. nanti kita cabut..’
Aku cakap dalam hati.. ‘Pulakkkk…’
So kesudahannya aku tak boleh nak cabut gigi aku ni.. tension gilerrrr..
dah la kena tunggu 2 jam untuk dapat rawatan..
akhirnya tak cabut jugak.. terpaksa la aku tunggu sampai minggu depan..
tahan kan je la sakit gigi ni.. memang buang masa aku dah..
rugi aku pagi ni.. kerja kat opis tak dapat buat.. gigi tak dapat cabut.. sakit dapat lagi..
Dr. bagi 2 ubat.. ubat antibiotic dengan ubat tahan sakit..
Secara umumnya, aku cadangkan klinik ni supaya meningkatkan pengurusan pesakit dengan lebih berkesan..
Bagi aku, klinik perlu adakan perkhidmatan bilik saringan pesakit..
tak perlu letak Dr. memadai dengan MA je..
lepas register, pesakit masuk bilik tu untuk tahu tahap masalah yang dihadapi..
sama ada boleh proceed dengan rawatan seterusnya atau perlu temujanji untuk rawatan..
so, macam kes aku ni, aku x perlu la tunggu lama.. pas saringan, masalah x boleh selesai.. aku dah boleh balik.. so aku tak la membazir masa menunggu selama 2 jam untuk perkhidmatan yang hanya mengambil masa 3 minit tu..
klinik juga akan mendapat faedah yang sama..
dapat mengurangkan masa menunggu pesakit dan dapat mengurangkan kesesakan di klinik..
mungkin nasib aku hari ni agaknya.. pesakit ramai.. kena tunggu lama..
so, pengajarannya..
kalau nak pi klinik kerajaan kena pi awal2.. (aku x pi awal sbb mmg x rancang nak pi..)
kalau gigi dah berlubang tu, cepat-cepat pi klinik utk rawatan (jgn dah sakit giler baru nak pi.. gusi bengkak tak le nak cabut nnt..-padan muka aku.. :P)
kalau ada duit pi la klinik swasta.. cepat n pantas.. (dia cucuk gusi pun x berapa nak sakit.. huuhuhu..)
akhir sekali jaga kesihatan GIGI anda.. (kalau rosak, sakitnya.. alahaiiii.. x boleh nak cakap)
0 comments:
Post a Comment