Hari ni memang aku tak buat keje sangat la kat opis..
Pagi dah pi klinik.. (mood : frustrated)
Petang pulak aku kena pi kem tentera Kem Batu Kentomen kat Jalan Ipoh, KL..
Guess what??
Apa yang aku buat kat sana.. kalo masuk kem tentera mestilah melibatkan urusan tentera.. kan?
Nak habaq mai kat hangpa.. aku pi sana adalah untuk mengambil pakaian tentera..
Aku sebenarnya adalah salah seorang daripada ribuan askar kat Malaysia ni..
Askar Wataniah (AW).. Rejimen 51KOD..
Dulu aku pernah menyertai AW ni.. dari tahun 2000 hingga tahun 2003..
Di bawah Rejimen 504-Kelantan..
Bila dah tamat belajar, aku tak sambung pun perkhidmatan aku dalam AW ni.. sebabnya malas..
Masa berkhidmat kat Negeri Sembilan dulu, aku mmg ada hajat nak sambung semula khidmat aku dengan AW ni..
Tapi ada macam2 masalah pulak.. buku perkhidmatan hilang.. dan kalau aku nak jugak, aku kena pi Kelantan nu.. fuhhhh.. tak sanggup aku.. so niat aku mati kat situ je..
Bila Kementerian aku tubuhkan pasukan AW pada tahun ni.. aku tekad nak join..
Ramai kawan-kawan aku tertanya-tanya sebab aku nak masuk AW ni semula..
Antara sebab-sebab utama adalah..
Minat dan semangat kecintaan yang tinggi terhadap badan beruniform..
Suka buat aktiviti yang mencabar dan lasak.. (sejak sekolah lagi..)
Ingin menambah, meningkatkan dan berkongsi pengetahuan..
Sebab-sebab tak utama adalah..
Dapat elaun dan bonus tahunan.. hehehehe..
Dapat cuti bergaji.. (penting ni..)
Memenuhi masa hujung minggu..
Dapat mengurangkan berat badan..
Sedikit sebanyak terpengaruh dengan penyertaan YB KJ.. (fevret politician aku ni..)
Sebenarnya banyak lagi sebab-sebabnya.. tak tersenarai banyaknya..
Biarlah penat sekali pun.. sebab aku dah terbiasa..
Sejak dah tamat pengajian part time aku di UTM..
aku dah tak rasa benda-benda mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal aku..
so.. sekarang, cabarannya akan bermula kembali..
Kembali kepada tujuan aku ke Kem Kentomen tadi..
Pi sana ambil baju untuk program perasmian AW bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang akan diadakan di Ampang pada Ahad ni..
Aku sebenarnya masih belum dapat nombor badan lagi..
Tapi bagi memenuhi program Ahad ni.. aku kena ambil jugak la..
Banyak giler dapat barang.. tapi masih ada barang yang diorang tak isu lagi..
Kalo ikutkan, lagi banyak tu..
Banyak kan?? So pada sesiapa yang berminat dan ada masa terluang, mari la join AW..
Banyak kelebihan yang akan kita dapat.. InsyaAllah..
Ni antara barang yang aku dapat.. layannnnn…
0 comments:
Post a Comment