Wednesday, 16 November 2011

+ Sibu, Sarawak +

Entry kali ni agak basi.. tapi nak cerita jugak.. sharing is caring..
Minggu lepas aku pi out station di Sibu, Sarawak..
Dari 8-10 November.. aku pegi dengan 2 org boss.. yg kedua-duanya lelaki..
Pegi balik naik firefly.. ni la first time naik firefly.. n first time pegi Sibu..
Agak teruja la jugak..  ikut perancangan awal.. nak stay sampai 11hb, tapi sebab keje dah siap dan tak de tempat yang menarik nak pi.. so kami balik awal..

Pegi sana sebab audit pihak yang buat sampling sungai untuk JAS..
Kami pilih sampling di Sungai Rajang..  kira semuanya berjalan dengan lancar..
Apa yang aku buat selepas audit??
Husssshhhh… susah nak cakap..
Kalau diberi pilihan, aku x nak lagi pi Sibu.. memang bosan..
Tapi atas dasar urusan kerja.. kena la pi..
Petang n malam x tau nak buat apa..
Kira kol 9 tu, Sibu dah gelap.. hampir semua kedai dah tutup masa tu..
 kami nak cari kedai makan pun susah..
Ada tu ada la.. kedai makanan Islam bersebelahan dengan kedai makan cina..
Aku mmg x lalu la beb.. ada juga org melayu yg bukak kedai kat dalam kedai makan cina..
Kira cam small kitchen dalam kedai diorg..
aku dipahamkan, mmg camtu la style kedai makan kat sarawak..
Mmg susah nak cari restoran melayu..  boleh bilang dengan jari.
Jadinya 2 hari kat situ, 2 hari gak aku sebat KFC..
Mujur KFC dekat dgn hotel yg aku stay.. kalau tak, mmg puasa la aku..

Pegi shopping?? Memang tak la..
Sebab x de tempat shopping yg menarik..
Ada mall kat sebelah hotel tp biasa la.. macam mall dekat semenajung gak la..
Sebabkan boss aku lelaki, diorg x minat nak shopping bagai..
Aku je la yg beriya ni.. kalau p Sarawak kena la beli kek lapis n kraftangan.. kan?
Pagi tu sebelum nak balik, aku tekad nak p jugak membeli..
Dengan keberanian yg ada, aku ajak uncle teksi bawak aku p jalan2 kat pekan Sibu..
Akhirnya tercapai gak la impian aku..
Dapat jalan2, dapat beli kek lapis dan dapat beli c/hati utk family..
Ok la kan? Dapat juga ronda2..
Seriously.. aku tak suggest sangat korg dtg sini..
Tapi kalau nak kenal Sibu, boleh la..

Aku ada la snap beberapa keping gambar sepanjang aku menjalankan kerja aku n masa aku jalan2 kat Sibu.. Mmg tak ada satu pun gambar aku kat dalam tu..
Tak de sape yang nak amik gambar aku.. hahahahaha..
Sebab aku yg jadi cameraman.. baik semasa bertugas dan jalan2.. ohhh sedihhhhh..
Jadi, layankannnnnnnn…















0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com