Thursday, 10 January 2013

+ Restoran d' Dusun, Desa Pinggiran Putra +

Malam tadi ada dinner gathering kecil-kecilan..
Sempena menyambut belated birthday Kak Mas dan Kak Mek..
Kak Mek  actually cikgu aerobik aku.. 
Turut serta dalam gathering ni adalah Kak Izan dan Kak Yati..


Keempat-empat mereka adalah jiran merangkap kawan-kawan aku di Apartment..
Kami memang suka lepak together walaupun kami tidak seusia tapi aku serasi bila bersama diorang ni.. Yang aku anggap seperti kakak dan mak sendiri..
Kalau bercerita memang tak ingat la.. hehehehe..

Lokasi makan -> Restoran d Dusun, Desa pinggiran..
Menu -> Ikan masak 3 rasa, kailan ikan masin, tom yam campur, kerabu mangga, telur dadar dan sambal belacan.. Nasi putih dan nasi goreng kampung pedas (menu aku ni..)
Minum -> Kopi tarik, teh o dan teh o limau..
Harga -> RM95..



Bagi aku makanan kat situ boleh tahan sedap walaupun harganya agak mahal..
Ikan siakap 3 rasa tu yang paling mahal..
Yang paling best menu yang  aku biasa order kat situ semestinya nasi goreng kampung..
Memang dah sah2 sedap..  Makan dengan telur dadar.. Fuhhhhh..
Menu lain-lain tu biasa-biasa je rasanya..
Lepas makan boleh plak aku terjebak dengan karaoke..
Layankan makcik2 ni yang kepingin nak berkaraoke..
Memang dah lama tak pegang mic.. Bila dah start nyanyi, tau-tau je lah..
Tak mau berhenti dah rasanya.. Mujur tak ramai orang  kat resoran tu..
Ada pun pekerja2 restoran tu  dan dua tiga orang customer..
Kalau ramai memang kompem aku tak nyanyi..
Nyanyi ramai-ramai tak kisah pun kalau pitching lari.. Tak berapa nak malu sangat..

Overall Restoran d Dusun ni boleh bagi 3 star rating..
Makanan best n serve cepat  bagi aku cuma harganya agak mahal sikit..
Surrounding yang menarik dan ada kolam pancing ikan..
Dan paling best ada karaoke.. 3 lagu Cuma RM5 sahaja..
So, sesiapa yang duk berhampiran Putrajaya, kalau dah bosan dengan makanan mamak..
Boleh singgah di restoran ni.. Makan sambil lepak-lepak dan berkaraoke..



0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com