Wednesday, 13 February 2013

+ Padang, Indonesia-Part 2 +


Sambungan cerita Padang Indonesia-Part 1  
Hari Kedua (5 Januari, 2013)






Lokasi 1 : Lobang Jepang




Tiket masuk ke tempat ni dibayar oleh agen.. Sudah termasuk dalam pakej..
Cuma perlu bayar tips kepada pemadu pelancong yang bawak kita masuk lobang Jepang..
Tips kira-kira RM3 seorang.. Memang puas hati dengan khidmat yang diberikan..
Lobang Jepang ini adalah kubu pertahanan Jepun semasa penjajahan Jepun di Indonesia..
Sekitar tahun 1942-1945.. Kalau tak silap..
Lobang ini ditemui oleh kerajaan persekutuan Padang..
Tanpa sengaja selepas kemerdekaan Indonesia..
Dan dibuka untuk dikunjungi oleh pada tahun 1986..
Lobang ini dibina oleh orang-orang tahanan Jepun di Kalimantan, Indonesia..
Dan dibawa ke Bukit Tinggi untuk menjadi buruh bagi menyiapkan lobang tersebut..
Buruh paksaan tidak seorang pun dari orang tempatan..
Semua buruh yang membuat lobang ini dibunuh oleh orang Jepun..
Supaya lobang tersebut tidak diketahui pembinaanya oleh orang lain..
Kalau nak tau lebih, kena datang ke Bukit Tinggi atau tanya Pak Cik Google.. hehehe..
Memang menarik sejarah Jepun di Indonesia..





Lokasi 2 : Sulaman dan Bordiran Hj. Rosma
Selepas ke Lobang Jepang, kami seterusnya dibawa ke gudang/kilang produk sulaman..
Tempat ni memang terkenal dengan jahitan sulamnya..
Dan menjadi tempat pembelajaran sulaman dalam dan luar Indonesia..
Masa kami sampai kat situ, semua pelatih sedang bercuti..
So, kami tidak berpeluang melihat sendiri diorg menghasilkan sulam-sulaman..
Macam biasa, kat sini pun ada coffee corner tapi special sikit sebab ada kuih tradisional..








Lokasi 3 : Desa Tabek Patah (Home Industry Kiniko)
Kami seterusnya dibawa ke tempat perusahaan kopi dan makanan tradisional..
Aku berpeluang melihat bagaimana pisang salai dihasilkan..
Pisang salai diaorang memang best dan murah..
Lepas tu, seperti biasa.. Kami minum kopi secara percuma.. Macam-macam kopi ada..
Kopi untuk pesakit darah tinggi, kencing manis dan kopi serbuk asli..
Kopi memang kawwww betol!! Memang terbaekkk!!





Lokasi 4 : Restoran Laman Padi Pondok Flora
Lokasi makan kami seterusnya.. Tempat memang cantik.. Makan pun sedap..
Lagi sekali kami dihidangkan dengan Nasi Padang..
Tapi kali nil lauk dia lebih banyak dan lebih sedap..
Sambil makan, sambil menikmati pemandangan sawah padi..




Lokasi 5 : Istana Basa Pagaruyung, Kota Batusangkar
Istana Basa Pagarruyung sedang direnovasi..
Tiada bayaran masuk yang dikenakan..
Kami hanya boleh berjalan-jalan di luar kawasan istana..
Kawasan dalam istana tidak dibenarkan masuk sehingga dibuka kelak..
Walaupun kat luar saja, tapi kami puas hati..
Selain dapat bergambar sakan.. 
Aku juga dapat menikmati kecantikan dan keunikan senibina Istana..
Memang cantik rekabentuk dan warnanya..
Ini juga adalah tempat wajib datang kalau ke Bukit Tinggi..
Di kawasan istana ni, ada juga kedai-kedai yang menjual produk tempatan..





Lokasi 6 : Danau Singkarak (Spesifik Ikan Bilih)
Kami seterusnya dibawa ke Danau Singkarak..
Kawasan yang terkenal dengan produk ikan bilis..
Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang indah..
Kami berhenti di kawasan tersebut untuk seketika sahaja..
Berhenti rehat sambil minum-minum menikmati pemandangan Tasik..


Lokasi 7 : Sulam dan Krancang Saisuak
Sebelum bertolak untuk bermalam di Padang..
Kami berhenti seketika di destinasi terakhir untuk shopping produk sulaman..
Kata Pak Zal, kedai ni menawarkan harga yang jauh lebih murah dari yang lain..
Ternyata memang benar.. Kat sini akhirnya aku beli jugak kain sulam..
Dengan harga paling rendah yang aku jumpa..
Sulam cotton dengan harga RM55 sepasang..



Lokasi 8 : Masjid
Kami berhenti seketika di Masjid untuk menunaikan solat..
Ternyata masjid di sini memang cantik-cantik belaka..

Lokasi 9 : Kota Padang
Di Kota Padang, tiada banyak tempat yang hendak dikunjungi..
Kami hanya melalui kawasan2 menarik seperti Universiti Padang dan Jambatan Siti Nurbaya..



Lokasi 10 : Pantai Padang
Agak lewat kami tiba di Pantai Padang..
Pantainya lebih kurang sama dengan pantai di Malaysia..
Kami cuma sempat bergambar sahaja..
Berlatarbelakangkan makam arwahyarham Siti Nurbaya..



Lokasi 11 : Kedai Jual Telur Penyu
Kami dipelawa untuk mencuba telur penyu..
Aku memang tak makan benda-benda macam ni..
Tapi sebab en somi nak try.. Aku tengokkan je..
Sebiji telur berharga lebih kurang RM3..
Aku dimaklumkan bahawa..
Kawasan tersebut sahaja yang dibenarkan untuk menjual telur penyu..
Penjualan telur penyu di tempat lain adalah dilarang..
Kerana telur penyu adalah makanan kawalan..




Lokasi 12 : Pondok Ikan Bakar (Cabang Khatib Sulaiman)
Sebelum check in hotel, kami dibawa makan dulu..
Makan malam terakhir di Padang.. Menu nasi padang lagi..
This time pecial sikit sebab ada ikan bakar dan ayam bakar untuk setiap orang..
Lauk lain-lain tu still hampir sama dengan restoran lain..
Kami makan di tingkat atas, sebab nak tengok sunset..
SubhanaAllah memang cantik..


Lokasi 13 : Ramayana Shopping Center
Kat Kota Padang tak banyak mall..
Sebab dah lewat..Kami dibawa ke mall yang berhampiran dengan Hotel kami..
Tujuan utama adalah untuk membeli beg untuk barang-barang yang dibeli..
Kami singgah sekejap saja sebab mall dah nak tutup..
Barang-barang kat mall tu mmg murah giler..
Mujur je tak sempat, kalau tak memang aku shopping lagi.. hehehe..



Lokasi 14 : Hotel Bunda
Akhirnya kami dibawa ke Hotel Bunda..
Untuk berehat.. Hotel ni pun best.. Walaupun 2 star ++ tapi selesanya mcm 4 star..
Breakfast pun sedap.. Sebabkan flight kami jam 830 pagi..
Kami terpaksa breakfast awal.. Bayangkan makan jam 5.30 pagi..
Dah macam makan sahur pulak rasanya.. 




Secara keseluruhannya, percutian ke Padang ni memang memuaskan..
Orangnya baik, tempat menarik, makanannya sedap dan produk sulamannya murah..
So, sapa yang berhajat ke Bukit Tinggi, Padang kena bawak duit lebih sikit..
Boleh shopping banyak sikit..
Kata org baik menyesal membeli daripada menyesal tidak membeli..
Hahahahaha..





1 comments:

Anonymous said...

waww... pasti enak sekali melancongnya... :)

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com