Dari pagi duduk dan rehat kat rumah.. Almaklumlah
cuti panjang.. Tiga hari rasa macam lama giler.. Kalau duk umah ni, satu je masalah besar kat aku..
Aku tak boleh tengok umah bersepah.. Memang kena start engine untuk mengemas..
So dengan masa yang terluang, aku guna untuk bersihkan rumah.. Bila umah bersih
baru la lapang dada sikit.. Rehat pun rasa seronok je.. Lebih-lebih lagi bila
dapat tukar posisi ruang tamu dan bilik tidur.. Baru rasa fresh.. Dah menjadi
hobi aku tukar lay out ruang setiap bulan.. Itu pun kalo tak pergi out station
atau balik kampung la..
Petang menghabiskan masa santai di Dataran Gemilang..
Minggu ni Perbadanan Putrajaya buat sambutan Maulidur Rasul.. Ramai kanak-kanak dari rumah anak
yatim sekitar Putrajaya dijemput untuk memeriahkan program tersebut.. Dan ramai
juga penduduk Putrajaya yang datang penuhkan dataran walaupun hari hujan..
Artis jemputan kali ni kumpulan nasyid UNIC.. Selepas persembahan artis,
ceramah sempena Maulidur Rasul dijalankan.. Ceramah yang memang santai..
Penceramah aku tak sempat nak kenal.. Sebab aku tengok dan dengar ceramah dari
jauh je..
Kat sini, aku berpeluang belajar mengubah bunga
dengan florist terkenal En. Haidin.. Banyak jenis gubahan yang dia ajar.. Kalau
masuk kelas gubahan dia agak mesti mahal, so amik peluang kat situ untuk
belajar.. En Haidin ni memang bagus, tak kedekut ilmu.. Beliau terkenal dengan
gubahan pentas.. Banyak event besar yang dia buat.. Respect la lelaki buat
gubahan bunga.. Lepas mengajar, dia bagi kuiz.. Jawab kuiz dapat gubahan bunga
yang dia buat.. Alhamdullillah aku dapat juga..
Santai kali ni agak bermakna sebab dapat ilmu dari
ceramah agama dan dapat ilmu gubahan bunga.. program petang tu berakhir dengan
selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..
0 comments:
Post a Comment