Friday, 16 August 2013

+ Bangkok, Thailand-Part 1 +


Awas!! Entri kali memang betol-betol basi!!
Konon nak update lepas balik bercuti, tapi hampehh.. Dah tulis cuma belum berkesempatan nak post entri beserta gambar. Sekarang ini lah masanya..

Percutian ke Bangkok ini adalah sangat-sangat mengujakan aku.. Dari malam tak tidur sebab sibuk duk packing pakaian.. Hari ni aku masih bekerja tapi ambil pelepasan dalam waktu pejabat.. Untuk  menjimatkan lagi cuti tahunan, aku telah memohon pelepasan dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Cukup rasanya masa untuk sampai ke LCCT sebelum jam 6.45 petang..


Sebab dah terlalu gembira dan tak sabar, aku dan kawan merangkap boss aku (Kak Ezah) telah thumb print seawal 3.25 petang.. Huhuhuhu.. Over excited tu.. Kami plan nak naik ERL di Putrajaya Central dan seterusnya naik bas ke LCCT.. Dari ERL ke stesen Salak Tinggi hanya mengambil masa 15 minit sahaja.. Kami park keta di Putrajaya Central kemudian beli tiket dengan harga RM5.50 termasuk tiket bas dari Salak Tinggi ke LCCT.. Pakej yang bagi aku amat menjimatkan.. Tak payah nak pikir parking kereta.. 

 Stesen ERL Putrajaya..

 Kak Ezah.. 

 Pose dulu..

Tiba di Stesen Salak Tinggi jam 4.00 petang dan terus naik bas ke LCCT yang mengambil masa lebih kurang ½ jam.. Kami perlu menunggu lebih kurang 2 jam sebelum penerbangan jam 6.45 petang.. Ini adalah detail perjalanan kami..



3.25 Petang-Keluar dari opis

3.45 Petang-ERL Putrajaya-ERL Salak Tinggi

4.05 Petang-ERL Salak Tinggi-LCCT

4.30 Petang-Tiba di LCCT

6.45 Petang-Berlepas ke Bangkok



Perbelanjaan :

Pakej ERL-BAS-RM5.50

Makanan Segera-RM20.00



Pengalaman naik flight Air Asia aku selalu dapat duduk sebelahan wing.. Seat 15E-AK836.. Seat sebelah terbiar kosong tidak berpenghuni yang sebenarnya adalah seat untuk my hubby yang tak dapat nak ikot sebab urusan kerja.. Take off seawal 6.40 petang dan dijangka tiba awal di Sukarnavumi Airport. 

 @ LCCT pelepasan antarabangsa..

 Muka buat2 senyum.. letih sebab puasa..

 Sangat mengganggu betol mamat kat belakang tu.. cettt..

 Duk sebelah wing..


Alangkah seronoknya kalau dapat bercuti bersama-sama keluarga. Tempoh 2 jam dalam flight tak begitu terasa lamanya sebab aku berpuasa.. Ada masa digunakan untuk berbuka puasa.. Aku hanya makan coklat dan biskut untuk alas perut.. Sampai Bangkok nanti baru nak pikir makanan yang berat-berat sikit.. Aku dan kawan terpaksa makan sembunyi-sembunyi sebab makanan tu bukan beli dalam flight.. Menjadi polisi Air Asia tidak membenarkan penumpang membawa makanan luar..



Sampai di Airport kami mencari-cari pengangkutan awam.. Nak try rasa pengalaman guna public transport diorang.. So, dengan beraninya kami cuba naik City Line (ala-ala Komuter).. Jauh juga la kami berjalan nak ke stesen.. Sebab sampai dah malam, terpaksa lajukan langkah takut-takut tren stop operasi tak sempat nak naik nanti.. Naik tren ke stesen Phaya Thai dan turun amik teksi ke Hotel.. 

                                                             Yeayy!! dah sampai..

 @ Sukarnavumi Airport..
 Kami dah sampai Bangkok!! Cam tak percaya..

 City Line..

 Memang betol stesen yang kami cari..

 Jom naik tren!!


 Dah sampai Stesen Payatai..


Perjalanan dari Airport ke Phaya Thai mengambil masa lebih kurang 45 minit.. Best jugak naik tren diorang dah rasa macam kat Malaysia.. Turun tren kami naik teksi sebab tut-tut jauh lebih mahal dari naik teksi.. Walaupun kita tawar menawar dengan pemandu tut-tut, diaorang tetap bagi harga yang sama dengan pemandu tuk-tuk yang lain.. So kitaorg decide naik teksi je.. Cepat, selamat dan murah..


 Ni kat Kaosan Road..

 Beli Somtam.. Kerabu mangga.. sedap tapi masam..

 Tempat urut kat Kaosan Road yang happening!!


Perjalanan dari Phaya Thai ke Kaosan Road mengambil masa lebih kurang 15 minit.. Ingatkan teksi tu turunkan kami betol-betol depan hotel, tapi sebenarnya tak.. Kami terpaksa menapak lebih kurang  500 meter dengan melalui Kaosan Road ke New World City Hotel.. Sangat meletihkan tapi seronok sebab Kaosan Road sangat happening.. Macam pasar malam.. Macam-macam ada.. Ada urut kaki, jualan makanan, pakaian, dan banyak lagi.. Rata-rata pengunjung kat situ adalah pelancong asing (mat salleh).. Perjalanan kami berakhir malam tu dengan jayanya bila kami jumpa hotel.. Huhhuhu.. Penat beb!!.. Ini adalah details perjalanan kami dari Airport ke Hotel.. 

Stesen City Line Sukarnavumi ke Stesen City Line Phaya Thai-45 Bath Seorang

Stesen City Line Phaya Thai ke Kaosan Road-100 Bath/Taxi


 Ni hotel kami..

 Uikss.. Bukan single bed? Bedal je..

 Pemandangan dari tingkap bilik..

 Sungai Chao Phraya..

Bersambunggggg lagi..



2 comments:

Aziela said...

Rindu lah dengan Bangkok. Seronok ke Bangkok walaupun macam ayam itik kalau bercakap tu.

Azizah Zainudin said...

Saya pun rindu.. ingat nak repeat lagi skali trip ke Bangkok.. Banyak lagi tempat tak explore..

Memang mcm ayam n itik kalo cakap..
hohoho.. tapi seronok..

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com