Dengan bajet yang sedikit dan masa percutian yang
singkat, ini adalah tempat-tempat yang aku sempat kunjungi pada hari kedua..
City
Tour-Bangkok, Thailand
Kami guna agen dengan bayaran 200 Bath seorang
dengan kapasiti lebih kurang 12 orang satu van.. City tour ni hanya untuk
separuh hari je.. Dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.. Aku, kawan dan family kawan aku cukup dah
penuh satu van.. Senang nak bergerak bersama-sama.. Kami semua sarapan di hotel
sebelum keluar untuk city tour.. Sarapan kat hotel ni agak banyak dan memang
terbaekkkk..
Cocoa Collagen mesti kena minum..
Pose..
Phewittt..
Luar cafe hotel..
Nice view..
Hijaunya mak ngah..
Lokasi 1-Wat
Pho Temple
Bangkok memang terkenal dengan temple.. Banyak
betol temple kat sini.. Temple ni adalah paling terkenal di kalangan
pelancong.. Bayaran masuk adalah sebanyak 100 Bath.. Kat sini ada kubur
sami-sami Budhha.. Kubur diorang sangat eksklusif dengan warna-warni dan ukiran
yang menarik.. Ada juga sleeping Buddha.. Memang besau giler.. Aku sebenarnya
takut gak nak masuk, tapi sebab dah sampai aku masuk jugaklah..
Penuh van..
Pose dulu sebelum masuk..
100 baht lebih kurang 10 ringgit..
Posing lagi..
Yang tercacak-cacak tu kubur tau..
Hahh!! Ada pengawal lagi..
Sleeping budhha..
Bergambar lagi..
Tempat diorang sembahyang..
Kepercayaan diaorg.. Buh duit syiling sambil buat hajat..
Luar temple, diorang jual kraftangan..
Lokasi 2-The
Royal Lapidary
Ni adalah tempat shopping barang-barang perhiasan
wanita dan lelaki yang diperbuat dari emas, perak, intan berlian, permata dan
macam-macam.. Semuanya buatan Thailand.. Macam-macam ada.. Baju, kain pasang,
barang perhiasan rumah pun ada.. Aku tak berapa minat nak shopping sangat..
Cuma tengok-tengok untuk cuci mata je.. Harga boleh tahan mahal jugak.. Kena pandai
tawar-menawar untuk dapatkan harga terbaik.. Cuma nak ingatkan, kalo dah tawar
menawar tu, korang memang kena beli.. Kalau tak memang diorang akan marah kat
kita.. Semacam betol perangai peniaga di Thailand ni..
Nampak mewah je kedai ni..
Memang betol, barang-barang kat sini mahal..
Posing lagi..
Lokasi 3-Sj
International
Kedai ni pun sama gak jual barang-barang perhiasan
cincin, gelang, rantai yang diperbuat dari emas dan perak sebagai produk
utama..
Memang besar betol kedai ni..
Tak boleh ambil gambar.. So, amik gambar kedai je la..
Lokasi 4-
Mrs Flower –Chocolate Factory
Kami seterusnya dibawa ke kilang buat coklat.. Nama
je kilang tapi sebenarnya tempat ni terletak di lot-lot kedai tepi jalan.. Kat
sini boleh beli coklat sebab memang produk halal Thailand.. Memang sedap
coklatnya.. Tak rugi beli.. Harga pun tak berapa mahal sangat lebih kurang kat
Malaysia jugak..
Mrs Flowers..
Nyummyyy..
Lokasi
5-James Fashion
Kedai ni adalah kedai menjual Thai Silk.. Nama je
jual Thai Silk, tapi tuan kedai dan pekerjanya bukan orang Thai tapi orang
Pakistan.. Pun sama macam situasi kat Malaysia.. Di mana-mana ada je mamat
Pakistan.. Hahahahaha.. Harga Thai Silk kat sini mahal juga tapi kualitinya memang
terbaekk..
Tu diaa.. Macam gudang..
Dalam kedai..
Lokasi
6-Pratunum Market
Ini adalah lokasi terakhir yang agen bawak kami..
Memang tempat yang kami aim nak pegi.. Bukan main gembira sebab dah sampai..
Ternyata tempat ni memang menawarkan harga yang sangat rendah dan murah..
Tempat ni boleh digambarkan macam Jalan Masjid India di KL.. Kat sini aku beli
travelling bag dengan harga 600 Bath.. Memang berbaloi dengan kualiti beg..
Kira tak nyesal la beli.. Yang lain-lain pun sama beli beg..
Pratunum Market..
Penat jalan wohhh..
Tidak melepaskan peluang bergambar..
Kedai terakhir..
Lokasi
7-City Fashion Mall
Lokasinya tak berapa jauh dengan Pratunum Market
dan berhadapan dengan Platinum Mall.. Tak payah naik teksi atau tuk-tuk.. Jalan
kaki dah sampai.. Ini adalah syurga pakaian, moden dan up to date.. Memang
dalam mall ni jual pakaian je.. Pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak.. Tapi
paling banyak aku tengok yang jual ialah baju wanita.. Kalo datang Bangkok nak
shopping, di sinilah tempatnya.. Harga memang murah.. Deretan kedai pakaian
cukup buat aku teruja.. Teruja je tapi tak beli pun..
Sini ramai orang memborong..
Rambang bijik mata!!
Lokasi 8-MBK
Mall
Dari Malaysia lagi kami memang dah bercadang nak
pergi MBK Mall.. Kami naik tuk-tuk di depan Platinum Mall dengan harga 70
Bath.. Kena pandai tawar menawar untuk dapat harga yang paling rendah.. MBK
Mall memang sangat terkenal di Bangkok.. Baik dari penduduk mahupun pelancong
asing.. Tempat ni lagi shopping heaven berbanding tempat-tempat lain..
Ada lebih kurang 7 level kalau tak silap.. Setiap
level menjual produk yang berbeza.. Pakaian, beg, produk IT, kasut, hasil kraf
buatan Thai dan macam-macam lagi.. Selain tu tempat solat juga disediakan,
cantik besar dan selesa.. Jadi tak perlu risau untuk solat.. Kat sini kita
boleh tengok ramai yang guna beg plastik troli untuk membawa hasil belian
mereka.. Memang dahsyat diorang ni membeli belah.. Aku pun sama tapi tak la sampai
beli troli beg untuk shopping cuma guna travelling bag yang aku beli kat
Pratunum Market je..
Button shoes..
Macam-macam ada..
Beg dah penuh!!
Surau dekat dengan parking lot..
Surau bersih dan cantik..
Lokasi
9-Yana Restaurant
Sebelum shopping sakan, kami singgah makan di
restoran ni.. Terletak dalam MBK Mall.. Restoran yang menyediakan makanan
halal.. Menu dia pun sedap dan harga pun boleh tahan mahal sikit.. Aku makan
nasi goreng dan air suam je.. Harga 129 Bath untuk nasi goreng dan 10 Bath
untuk air.. Lebih kurang RM14.. Boleh la, yang penting halal dan sedap..
Yana Restaurant.. Satu-satunya restoran halal kat MBK Mall..
Menunya..
Nasi goreng je aku makan..
Lokasi
10-Kaosan Road
Kami semua bersetuju untuk berpecah di MBK Mall..
Masing-masing membawa haluan sendiri sebab malas nak tunggu yang lain-lain
shopping.. So, aku berdua dengan Kak Ezah decide untuk balik ke hotel.. Sebab
dah lewat petang, kami naik tuk-tuk dengan harga 100 Bath menuju ke Kaosan
Road.. Jalan-jalan dan cuci mata kat situ tapi macam biasa tidak membeli pun..
Lokasi
11-Sara Restaurant
Balik dari Kaosan Road, kami singgah di Sara
Restaurant untuk makan malam.. Restoran ni terletak di dalam hotel dan adalah
restoran halal.. Sebenarnya senang stay di New World City Hotel sebab memang
pengusahanya adalah Islam.. So tak perlu risau dengan status halalnya.. Standad
makan kat hotel ni memang mahal sikit.. Tapi bolehlah sebab makanan dia sedap..
Aku makan chicken keema masala dengan harga 140 Bath dan air mineral 25 Bath..
Kak Ezah plak makan Phad Thai dengan harga 150 Bath dan air blue sky 90 Bath..
Alhamdullillah.. Perut kenyang, mata ngantuk.. Masuk bilik terus rehat dan
tido.. Akan memulakan perjalanan seterusnya seawal 8 pagi..
Sara Restaurant..
Chicken Keema Masala..
Bersambungggggg lagiiii..
1 comments:
MBK Mall tu memang best. Tapi sebenarnya akak dengan hubby suka shopping di Silom lagi.
Post a Comment