Friday, 16 August 2013

+ Bangkok, Thailand-Part 3 +


Sebelum memulakan perjalanan kami sarapan seawal jam 7 pagi di hotel.. Makanan yang disajikan pun seperti hari sebelumnya memang sedap.. Semua aku rasa kecuali bubur nasi.. Memang aku tak berapa nak minat.. Dalam trip ni hanya aku dan Kak Ezah je.. Kak Ros dan keluarga ikot agen perlancongan yang lain.. Kami ambil trip agen ni di Kaosan Road dengan harga 250 Bath seorang.. ½ day trip dengan menggunakan van ke Damnoen Saduak Floating Market..

 Makan dulu..

 Comel la tu!!

 Baju hitam memang mengelirukan.. kurus??



Lokasi 1-Elephant Village

Kami dibawa ke Elephant Village, lokasi terletak di jalan yang sama ke floating market.. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari Bangkok.. Kat sini aktiviti utama adalah menunggang gajah dengan harga 500 Bath selama setengah jam.. Tapi kitaorg tak naik, sebab tak berminat.. So, jalan-jalan tengok gajah, tengok kraftangan dan bergambar sahaja..


Tour guide yang macho..

 Posinggg..

Belakang tu gajah tau..
 
Kedai kraf..



Lokasi 2-Damnoen Saduak Floating Market

Ini adalah lokasi wajib bila sampai Bangkok.. Kami diberi masa 1 setengah jam untuk naik sampan dan membeli belah kat floating market.. Tambang sampan 150 Bath seorang.. Dah sampai memang kena naik sampan la yea.. Kalau tidak, tak dapat merasa kesibukan floating market.. Barang-barang yang dijual memang sangat-sangat murah.. Boleh tawar menawar sampai 50%.. Memang seronok tengok gelagat penjual kat sini.. Diorang akan tarik sampan kita untuk membeli kat kedai diorang.. Kalau tak mo naik sampan, korang boleh membeli belah kat kedai yang ada kat tepi sungai.. Harga pun lebih kurang sama je..





 






Lokasi 3-Bangkok Nai Canal

Kami seterusnya dibawa menyusuri Bangkok Nai Canal dengan menaiki long tail boat.. Boat ni tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej.. Jauh juga perjalanan menyusuri canal ni.. Kat sini ada floating village.. Walaupun rumah atas air, tapi rumah mereka masih tersusun..







Lokasi 4-Cobra Show, Thailand

Selepas menyusuri Bangkok Nai Canal, kami turun di Cobra Show, Thailand.. Tempat pertunjukan ular dengan bayaran masuk 250 Bath.. Kami tak tengok show ni sebab tak berminat.. So, jalan-jalan kat kawasan tu dan ambil gambar je.. Kat area ni ada chalet, café untuk makan dan minum, kedai jualan kraf tangan dan ada temple.. Boleh pusing-pusing sementara tunggu tourist lain yang tengok cobra show.. Ini adalah destinasi terakhir kami dengan agen.. Lepas berakhir tour ni, kami dibawa pulang ke Bangkok City..







 

Lokasi 5-Star Indian Restaurant

Lebih kurang jam 2 petang kami sampai di Bangkok.. Terus cari makan sebab perut memang dah lapar giler.. Kali ni memang nak makan nasi.. Masalah utama kat sini adalah untuk mencari restoran dan makanan halal.. Kami turun di Kao San Road sebab pernah ternampak restoran halal kat situ.. Perjalanan bermula dan kami jumpa Star Indian Restaurant yang ada logo halal.. 

Kami makan nasi beriyani ayam.. Boleh tahan sedap, sedap sebab makan masa lapar.. Hehehehe.. Lepas makan terus balik hotel untuk rehat sebelum keluar untuk menyambung semula perjalanan di Bandar Bangkok..




Lokasi 6-Boebae Market

Kami keluar ke Boebae Market dengan menaiki tuk-tuk dengan harga 80Bath.. Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit.. Memang laju betul pemandu diorang bawak tuk-tuk.. Market ni macam Jalan Masjid India jugak.. Kiri kanan jalan ada orang menjual.. Kat sini beli barang dengan harga borong.. Tak boleh beli satu.. Minima belian kalau tak silap 6 unit untuk dapat harga borong.. Juling biji mata aku tengok barang-barang yang murah-murah.. Kebanyakan orang berniaga ambil barang kat sini.. Kalau bawak duit lebih boleh shopping sakan kat sini..




Lokasi 7-Boebae Tower

Tower ni berdekatan dengan Boebae Market.. Boleh pegi dengan jalan kaki je.. Sini pun tempat shopping.. Pusat pemborong macam GM Plaza kat Malaysia.. Macam-macam produk ada dan murah giler.. Syarat nak murah kena beli borong.. Banyak sangat pilihan untuk baju budak.. 






Lokasi 8-Platinum Mall

Habis mencuci mata kat Boebae Tower kami bergegas ke Platinum Mall pulak.. Sebab dah petang, kena pegi cepat sikit takut kedai tutup.. Dan takut jalan jem.. Naik tuk-tuk ke Platinum Mall yang terletak dekat dengan Pratunum Road mengambil masa lebih kurang 15 minit dan tambang 100 Bath.. Mall ni jual macam-macam jugak.. Mall ni ada bagunan A dan B. Dan terdapat 7 level dan setiap level jual produk yang berlainan.. Penat giler jalan and pusing-pusing.. Tapi seronok dapat cuci-cuci mata..




Lokasi 9-Sara Restaurant

Dari Platinum Mall kami terus balik ke hotel untuk rehat.. Kami naik tuk-tuk dengan harga 120 Bath.. Pemandu tuk-tuk demand sebab jalan jem.. Menjadi kebiasaan kalau jem, tuk-tuk akan lebih mahal dari harga biasa.. Sampai hotel terus makan di Sara Restaurant.. Makan untuk tambah tenaga sebelum jalan di Kaosan Road..





Lokasi 10-Kaosan Road

Ini adalah destinasi terakhir kami sebelum terbang pulang ke Malaysia.. Menghabiskan saki-baki duit yang ada.. Walaupun sebenarnya kaki dah penat dan mata dah ngatuk.. Kami tekad untuk pergi jugak ke Kaosan Road.. Pergi dengan berjalan kaki.. Kira satu hari ni memang kerja kami berjalan saje.. Kalau guna stepometer memang count langkah lebih 10000 ni..





Perjalanan kami di Bangkok berakhir 13 September, 2012.. Kami bangun seawal 4 pagi untuk ke airport.. Mengantuk tu tak usah cerita la.. Perjalanan dari hotel ke airport lebih kurang 45 minit dengan menaiki van dan tambang 130 Bath seorang..



Secara keseluruhannya, percutian ke Bangkok memang sangat best.. Dengan bajet yang sikit pun korunk boleh pergi banyak tempat.. Tapi dengan syarat kena pandai dan tau beli tambang flight yang murah-murah.. Kena selalu alert dengan iklan Air Asia.. Kalau nak lagi mudah, korunk boleh daftar jadi ahli Air Asia.. Apa-apa promotion diorang akan emel kat ahli dulu.. Pada yang kaki shopping dan yang nak berbisnes, Bangkok adalah tempatnya.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, ingat nak datang Bangkok lagi with my hubby.. Bangkok!!! Tungguuu!!! Aku datangggggggggggg…




Tips :

  • Beli tiket paling murah.. Harga aku beli RM0.10 dan bila campur taxs dan fuel jadi RM150 seorang.. Harga ni boleh jadi panduan pada yang nak beli.. Kalau dapat less then RM150 lagi bagus untuk booking..

  • Sebelum booking, korunk plan tarikh nak pegi awal-awal.. Sekurang2nya 3 pilihan tarikh..

  • Kena tengok ramalan cuaca kat negeri yang korunk nak pegi tu..



1 comments:

Aziela said...

Breakfast kat hotel macam sedap jer. Boleh makan semua ekk? Halal ekk?

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com