Lokasi : Jakarta-Bandung-Jakarta
Tarikh : 27-30
April, 2013
Memulakan perjalanan percutian ke Jakarta
dengan menaiki kereta ke stesen ERL Salak Tinggi. Perjalanan dari Putrajaya
mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kami sempat singgah sebentar di fly over
Putrajaya-KLIA untuk bergambar dengan Heroes Malaya.
Heroes Malaya..
Tun Mahathir..
Hero Malaya yang dimaksudkan adalah Tuan Guru Nik
Aziz dan Tun Mahathir. Lukisan potret kedua-dua tokoh tersebut sangat
mengagumkan aku. Lukisan menggunakan hand spray yang aku kira sangat rumit
untuk dilakukan kecuali oleh orang-orang yang betul-betul berbakat.
Aku dan suami menaiki kereta bersama dengan rakan
aku Kak Ezah dan anak-anaknya. Kami memilih untuk menaiki kereta ke sana kerana
kemudahan parker di kawasan ERL tersebut. Parkir adalah percuma dan agak
selamat berbanding parker di ERL Putrajaya yang kini dikenakan bayaran.
Kami transit ke LCCT menggunakan bas dengan harga
RM4.90 seorang. Sebenarnya tiket dijual dengan pakej. Tiket ERL Putrajaya ke
ERL Salak Tinggi dan tiket bas dari ERL Salak Tinggi ke LCCT. Harga yang
dikenakan tetap sama walaupun tidak menaiki ERL. Perjalanan ke LCCT mengambil
masa lebih kurang setengah jam.
Seperti kebiasaan, check in flight telah dibuat
secara online jadi kami tidak perlu check in lagi di LCCT. Sampai di LCCT, cari
cafĂ© untuk mengisi perut kami yang kosong dan seterusnya menunaikan solat jama’
dan qasar maghrib dan isya sebelum menaiki pesawat.
Me and hubby..
Kak Ezzah and anak-anak..
Kak Ros and husband..
Lebih kurang 9.30 malam kami ke dewan perlepasan.
Boarding jam 10.20 malam dan penerbangan kami jam 10.50 malam. Perjalanan ke
Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba di Saekarno Hatta
International Airport lebih kurang jam 11.40 malam waktu tempatan. Penerbangan
berjalan dengan lancar tanpa gangguan cuaca dan sebagainya.
Dari pesawat kami dijemput untuk ke Terminal 3
dengan menaiki shuttle bus. Perjalanan dari pesawat ke terminal mengambil masa
5 minit. Di Terminal 3, kami check in dan terdapat 6 lane untuk check in di
kaunter Imigresen. Tiada spesifikasi untuk penduduk tempatan atau pelancong
luar. Urusan check in hanya mengambil masa 10 minit. Cepat dan tiada karenah
biokrasi.
Posing dulu..
Alhamdullillah sampai dah..
Nak jugak!!
Selesai urusan check in, kena beratur untuk scan
luggage dan bagi declaration form pada pegawai kastam. Kemudian kami bertemu
dengan pemandu pelancong kami iaitu Imad. Langsung kami bertolak ke Bandung
dengan menaiki Innova 7 seater. Kami
bertolak ke Bandung jam 12.30 malam dan sampai lebih kurang jam 2.30 pagi
dengan kira-kira tempoh perjalanan 2 jam. Laju betul Imad bawak kereta.
Terkejut juga sampai awal di Bandung. Sampai di Bandung terus check in di
Serena Hotel. Tidur dan rehat sebelum memulakan aktiviti pada esok hari.
Serena Hotel..
Sempit sikit, tapi ok je berdua..
Bersambunggg le pulakkk..
0 comments:
Post a Comment