Thursday, 21 November 2013

+ Jakarta-Bandung Aku Datang!!-Part 2 +


Kami bersarapan di hotel sebelum meneruskan program di Bandung. Program yang bermula seawal 9.00 pagi. Sarapan kat hotel ni boleh tahan sedap. Aku sarapan dengan nasi lauk ayam merah, tempe, sayur campur dan roti bakar. Tempe goreng kat sini sangat sedap. Tempe hancur yang digoreng macam sambal goreng. Jarang ditemui di Malaysia kecuali kat kedai makanan Indonesia.

Selepas bersarapan, agenda utama yang pasti dilakukan adalah bergambar. Kami bergambar beramai-ramai di lobi hotel. Jangan terkejut semasa kita sibuk-sibuk bergambar ada penjual datang memujuk kita membeli barangan mereka. Mereka membahaskan diri dengan nama Udin. Sangat ramah dan boleh diajak berbincang semasa proses jual beli. Produk yang diaorang jual seperti fridge magnet, beg telekung, barangan kulit, key chain dan macam-macam lagi.

Aku pun tak melepaskan peluang untuk membeli. Aku beli 10 unit beg telekung dengan harga RM30 dan 12 unit fridge magnet dengan harga Rp. 100,000. Bagi aku sangat murah dan berbaloi. Ringgit Malaysia diterima dalam urusan jual beli.

Kami menggunakan khidmat orang tempatan untuk membawa kami berjalan-jalan dan melancong dari Jakarta ke Bandung. Pakej yang dikenakan adalah sangat berbaloi dan sangat menjimatkan. Perincian percutian kami ke Jakarta Bandung adalah seperti yang berikut;

Kos Penerbangan
·         Harga Tiket (Return)= RM 0
·         Fuel + Tax Malaysia (Return) = RM 92
·         Total Harga Tiket (Return) = RM 92/Seorang

Kos Airport Tax Indonesia
·         Tax = Rp 150, 000.00 = RM 50
·         Bayar masa kat airport sebelum penerbangan balik Malaysia

Pakej Jakarta-Bandung
·         Pengangkutan (Innova 7 Seater)
·         Penginapan (2 Malam di Bandung dan 1 Malam di Jakarta)
·         Supir dan minyak
·         Harga pakej = RM320/Seorang

Kos Percutian
Kos Penerbangan + Kos Airport Tax + Pakej = RM92+RM50+RM320 = RM462/Seorang

Imad selaku tourist guide kami mencadangkan supaya hari pertama di Bandung dihabiskan dengan aktiviti membeli belah. Kat Bandung ni memang banyak kedai, outlet, toko-toko dan gedung-gedung membeli belah. Memang betul, Bandung ni syurga membeli belah dan sangat dikenali sebagai Paris of Java.

Posing time di Hotel Serena.. Klik!! Klik!!













Lokasi 1-Pasar Baru

Kali pertama menjejakkan kaki di pasar ni memang sangat mengujakan. Kalau boleh digambarkan, Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khatijah di Kelantan. Banyak tingkat dan banyak produk/barangan yang dijual. Kebanyakan produk adalah produk tempatan. Kain sulaman, telekung, kain batik/pelekat dan banyak lagi.

Untuk tidak membuang masa, kami terus ke kedai yang jual kain sulaman. Tempat yang memang kami aim sejak dari Malaysia lagi. Kat sini kain sulaman memang murah berbanding yang dijual di Malaysia. Bayangkan, aku beli kain cotton sulaman 3 pasang dengan hanya Rp. 310,000 iaitu lebih kurang RM95 dan blouse labuh dengan harga Rp.90,000 iaitu lebih kurang RM30. Murah lagi menjimatkan.

Dalam tak sedar, kami telah menghabiskan masa di Pasar Baru lebih kurang 2 jam. Semua tingkat kami jelajah. Alang-alang dah sampai kan? Tapi kalau biar lama lagi kat situ, memang lagi banyak barang yang akan terbeli.














Lokasi 2-Jalan Cibaduyut

Jalan Cibaduyut ni memang terkenal di kalangan pelancong-pelancong Malaysia. Deretan kedai di Jalan ni memang sangat-sangat mengujakan untuk dimasuki. Jalan Cibaduyut terkenal dengan produk dan barangan kulit seperti kasut dan beg.

Sebab dah masuk waktu lunch, kami hanya sempat masuk 2 kedai sahaja. Kedai yang menjual baju, jeans, kasut dan beg. Masuk kedai-kedai ni dah memadai rasanya sebab dah banyak sangat pilihan untuk membeli. Sampai rambang mata dibuatnya, tak tahu nak pilih. Sebagai kenang-kenangan aku beli tshirt berkolar untuk abah dan ayah mertua dengan harga Rp.100,000 untuk 2 helai. Murah tetapi ada kualiti.













Lokasi 3-Restoran Mitra Sederhana Pasteur Masakan Padang

Kami lewat makan tengahari sebab duk khusyuk membeli belah. Perot berdondang sayang pun tak perasan. Tapi memang betul, bila leka cari barang perut lapar jadi kenyang. Hehehe. Kami makan di kedai Masakan Padang.

Makanan kat sini, Alhamdullillah kena dengan selera kami. Tak sempat nak snap gambar, sebab dah lapar giler. Tempat menarik dan makanan sedap tapi harga agak mahal jugak la. Sebab masakan padang ni style hidang lauk banyak-banyak. Makan sikit pun diaorang dah charge. Harga makan untuk aku dan suami lebih kurang Rp80,000 dan masih dalam bajet. Geng-geng aku yang lain pun lebih kurang sama jer.


Kat luar restoran ada juga orang menjual cenderamata. Bila pikir-pikir balik orang Bandung ni memang suka berniaga agaknya. Semua tempat ada jer orang menjual. Untuk tidak menghampakan penjual aku dan kawan-kawan membeli pen yang diukir.  Aku beli 7 batang pen dengan harga hanya Rp140,000. Aku sangat kagum dengan seni yang ada pada penjual pen ni. Ukiran nama di pen dibuat dengan sangat kemas dan cantik.




Lokasi 4-Toko Tiga

Tempat ni pun memang terkenal di kalangan pelancong-pelancong Malaysia. Banyak blog yang aku baca bercerita mengenai Toko Tiga. Fuhhh.. Tempat ni memang best!! Pakaian branded banyak dijual di sini. Levi’s ada, Lee Cooper ada, Cardinal ada, pendek kata macam-macam ada. Seluar jeans dan tshirt untuk dewasa lelaki dan perempuan juga untuk kanak-kanak. Memang juling biji mata nak pilih. Harga kat sini tak banyak beza dengan harga di Malaysia. Lebih kurang je, cuma banyak pilihan je.

Aku tidak membeli sebab, aku tak berapa minat nak beli cuma tengok-tengok je. Bantu en suami dan kawan-kawan buat pilihan. Kesian kat en suami, nak beli tapi asyik tak dak saiz. Psttt.. Abang kena kurus badan tu sikit. Hehehe.. Sambil-sambil diaorang membeli, sambil tu aku snap gambar menarik. Ha, tengok gambar ni, comelkan?

Agak lama juga menghabiskan masa di Toko Tiga ni. Pick and try memang memerlukan masa yang agak lama. Walaupun banyak pilihan en suamiku, keluar kedai dengan kehampaan. Penat memilih tapi tak de saiz. Sedeyyyyy..





















Lokasi 5-Jalan Riau

Seterusnya kami menuju ke Jalan Riau. Jalan Riau ni lagi banyak kedai untuk shopping. Kiri kanan jalan semuanya kedai. Kat sini, kami berpecah sebab kalau tunggu semua memang tak sempat nak cari barang yang hendak dibeli. Masing-masing ambil masa sendiri untuk membeli belah. Antara kedai yang aku dan suami sempat singgah adalah seperti berikut;

·         Terminal Tas-Jual baju, beg, kasut dan aksessori. Kami singgah solat di sini.



·         Terminal Mode-Jual pakaian dan jaket.

·         Dolar Asia Money Changer-Tukar duit lagi.

·         Mr. Bean Shop-Jual tshirt dan barangan Mr. Bean. Paling best kat kedai ni!!











·         The Oasis-Jual pakaian dewasa lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

·         The Summit- Jual pakaian dewasa lelaki, perempuan dan kanak-kanak.



Tak semua kedai kami singgah, sebab terlalu banyak kedai dan masa yang agak mencemburui kami. Hari dah nak gelap. Kami singgah di kedai yang kami rasa akan menjual barang yang kami ingini dan menepati citarasa kami. Kalau ikutkan, semua kedai kami nak masuk. Huhuhuhu.. Tapi sedihnya semua yang kami masuk tak de satu pun yang berkenan di hati. Sekali lagi pulang dengan kehampaan.

Lokasi 6-Pasar Lilin

Destinasi shopping terakhir kami adalah di Pasar Lilin. Pasar ini dikenali dengan Pasar Lilin sebab dulu-dulu peniaga menggunakan lilin sebagai cahaya untuk mereka berniaga. Kat sini ada puluhan kedai yang menjual pelbagai produk. Memang banyak barang dijual, kadang-kadang benda yang kita tak sangka pun ada dijual. Pasar Lilin ni alah-alah pasar malam kat Malaysia dan macam uptown @ downtown sebab bukak sampai tengah malam.


Pasar Lilin ni, kalau pandai tawar menawar memang boleh dapat harga yang sangat rendah. Aku beli beg untuk letak DSLR aku dengan harga Rp20,000 kalo tak silap 75% murah dari harga yang ditawarkan. En suami beli poster kereta/motor yang besar dengan hanya Rp20,000 untuk 5 keping. Seriously, tak dapat harga macam ni kat Malaysia.





 Lokasi 7-Rumah Makan Karamba

Sebelum pulang ke hotel, kami dibawa makan malam di Karamba. Tempat ni cantik tapi yang sedihnya pilihan makan tak banyak. Kedai dah nak tutup masa kami sampai. Aku makan nasi putih, sup ayam dan telor dadar yang lain-lain makan nasi goreng menu paling cepat dimasak. Makanan boleh tahan sedap dan kena dengan selera kiatorang. Harga makan aku dan suami lebih kurang Rp.88,000. Erkkkk.. Alhamdullillah, kenyang. Lepas makan, balik hotel untuk berehat sebelum sambung jalan esok hari.






 Bersambunggg le pulakkk..






0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com