Menyambung kembali percutian kami di Bandung.
Bangun, sarapan dan terus check out untuk ke destinasi yang berikutnya. Sebelum
tu, aktiviti wajib ialah bergambar. Satu, dua, tiga, action!! Tengok tu
macam-macam gelagat.
Lokasi 1-Golden Money Changer
Sebelum memulakan perjalanan, kena tukar duit dulu. Kami berhenti di Golden Money Changer yang terbesar di Bandung. Money changer ni dah macam Bank pulak aku tengok. Punyalah ramai orang tukar duit dan aku perasan tukar duit kat sini lebih murah berbanding money changer lain. Tukar RM sikit tapi dapat Rp banyak, macam tu la kiranya.
Lokasi 2-Taman
Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu
Lokasi pertama kami ialah Tangkuban Perahu, gunung
berapi yang terkenal di Bandung. Kalau ke Bandung ini adalah destinasi wajib.
Perjalanan kami dari Bandar Bandung ke sini mengambil masa lebih kurang 1 ½
jam. Menurut Imad, pemandu pelancong kami kalau hendak ke Tangkuban Perahu kita
mesti bertolak di awal pagi. Kalau lambat, perubahan cuaca menyebabkan kita
tidak boleh nampak Gunung Tangkuban Perahu dan kawah-kawahnya.
Tangkuban Perahu bermaksud perahu terbalik. Kalau
dari jauh boleh nampak gunung ni macam perahu yang terbalik. Ada sejarah di
sebalik nama Tangkuban Perahu. Aku pun dah tak berapa nak ingat sangat
ceritanya. SubhanaAllah.. Memang cantik tempat ni. Kami sampai di puncak gunung
dan disapa dengan kedinginan anginnya. Kadang-kadang angin lalu membawa bau sulfur
dari kawah gunung berapi. Bau sulfur ni seakan-akan bau telur tembelang.
Busyukkk.. Tapi tidak lah sampai meloyakan.
Memang ramai betul pelancong tempatan dan pelancong
luar. Sama ramai dengan penjual yang berkeliaran di kawasan gunung tu untuk menjual
cenderamata. Rata-rata semua penjual ni akan follow kita sehingga kita membeli
barang mereka. Walaupun kita tak mau beli, diaorang still akan follow. Rasa
sangat mengganggu. Tapi jangan risau diaorang tak berkecil hati dan marah kalau
kita tak beli pun sebaliknya diaorang akan entertain kita sepanjang kita berada
di gunung dengan percuma. Kalau tak mau beli, cakap elok-elok dan tolak dengan
cara baik.
Kami mengambil kesempatan bergambar sepuas-puasnya.
Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di sini. Dari puncak kami turun ke bawah
mengikut jalan yang disediakan. Dari sini, boleh tengok keindahan gunung dan
kawahnya. Kawah yang paling cantik dan aktif adalah Kawah Ratu. Sepanjang jalan
ni ada banyak kedai yang menjual cenderamata dan produk tempatan.
Lebih kurang jam 12 tengahari, kabus menyelubungi
kawasan gunung. Semakin bertambah sejuk dan pemandangan semakin kurang jelas.
Memang betul kata Imad, kalau datang lambat dah tak boleh nampak gunung. Syukur
kami sempat menikmati keindahan gunung dan merakam kenangan indah di situ.
Lokasi 3-Ladang
Teh
Seterusnya kami ke ladang teh. Ladang teh ni
terletak berhampiran dengan gunung Tangkuban Perahu. Lebih kurang 15 minit dari
puncak gunung. Pemandangan ladang teh ni tak ubah macam ladang teh di Cameron
Highlands. Kami singgah untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
Lokasi 4-Strawberry
Farm
Ladang strawberry ni berdekatan dengan ladang teh,
sangat sinonim mana ada ladang teh kat situ ada ladang strawberry. Ladang ni
tak berapa besar dan kalau nak masuk kena bayar Rp.10,000. Masuk dan boleh
petik sendiri strawberry tapi dikenakan bayaran Rp.60,000 untuk 1 kg strawberry.
Kami semua tak masuk cuma singgah sebentar.
Lokasi 5-Rumah
Makan D’Seuha De Lada
Sebab perut dah berbunyi, kami dibawa makan
tengahari di tempat paling special di Bandung. Rumah makan D’Seuha De Lada,
tempatnya besar dan cantik. Kami memilih untuk makan di wakaf boleh duduk
bersila, santai-santai dan sembang-sembang.
Kami semua order menu yang hampir sama. Nasi goreng
special, es campur, sate ayam dan ayam ngumpet. Ayam ngumpet adalah menu
special kat rumah makan ni. Ayam yang digoreng dan disembunyikan dalam daun.
Aku dah tak ingat daun apa yang digunakan. Ayam ngumpet ni macam ayam goreng
pandan.
Harga makanan kat sini agak mahal tapi berbaloi
sebab sedap. Aku dan suami makan lebih kurang Rp.170,000. Lepas makan kitaorang
duduk sembang dan terus solat. Kami akan kembali ke Bandung dan seterusnya akan
ke Jakarta.
Lokasi 6-Yens
Baby and Kid Shop
Dalam perjalanan kami singgah kedai ni sebab Kak
Ros nak beli baju untuk anak-anak dia. Kononnya nak berhenti sekejap je, tapi
dah namanya perempuan. Nak dekat sejam jugak kat kedai tu. Kedai ni menjual
pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan. Harga boleh tahan murah.
Lokasi 7-Rumah
Mode
Bagi yang dah sampai ke Bandung, tidak sah kalau
tak pergi Rumah Mode. Shopping again!! Ohh nooo!! Pening kepala aku sebab asyik
masuk gedung pakaian je. Tapi sebab en suami masih belum membeli, aku gagahkan
jugak la. Rumah Mode menawarkan pelbagai jenis pakaian, kasut, bag dan
macam-macam lagi branded product. Memang rambang mata jugak la. Cari punya cari
dapat la juga beli 2 helai tshirt untuk en suami. Ini kira gedung pakaian
terakhir yang kami singgah sebelum ke Jakarta.
Lokasi 8-Gedung
Satay
Jangan salah sangka yea, gedung satay ni bukan
tempat jual satay. Gedung satay adalah pusat pentadbiran kerajaan. Dikenali sebagai
gedung satay sebab kawasan tu pernah ada orang jual satay. Kemudian kerajaan
Bandung membina bangunan gedung satay di mana menaranya menyerupai satay. Kalau
tak caya tengok je gambar ni, macam satay kan?
Lokasi 9-Kartika
Sari
Kartika Sari sangat terkenal di Bandung. Kedai yang
menjual kek, biskut dan pastry. Pelbagai jenis kek dijual di sini dan kami
hanya beli beberapa sahaja sebagai santapan semasa perjalanan ke Jakarta. Malas
nak beli untuk bawak balik Malaysia sebab kek ni besar dan berat. Boleh ek
macam tu?
Lokasi 10-Hentian
Bandung-Jakarta
Hentian terletak di highway Bandung Jakarta. Kami
singgah lebih kurang sejam di sini untuk solat. Agak terkejut sebab kat hentian
ada Masjid. Masjid besar dan cantik pulak tu. Kat Malaysia ada ke macam ni?
Rasanya belum pernah jumpa lagi kat mana-mana hentian.
Lokasi 11-Hotel
N1
Perjalanan kami dari Bandung ke Jakarta mengambil
masa lebih kurang 4 ½ jam. Ini disebabkan kami berhenti terlalu lama di hentian
dan ditambahkan lagi jalan jem waktu nak masuk Jakarta. Fuhhhh.. Jem diaorang
memang teruk, walaupun macam tu kereta masih boleh bergerak.
Kami sampai di hotel agak lewat dan kami terpaksa
order makan dari café hotel untuk makan malam. Makanan di hotel lebih murah
berbanding makan di rumah makan. Aku dan suami makan nasi goreng dan minum 3
jenis air dengan harga keseluruhan Rp. 75,000. Lepas makan, tidur dan berehat
untuk kembalikan tenaga untuk bershopping di Jakarta pulak.
0 comments:
Post a Comment