Monday, 16 December 2013

+ Big Bad Wolf +

Malam ni banyak pulak nak buat entri. Ini lah masalah bila dah mula menulis. Ada sahaja idea yang hendak dituliskan. Kepada peminat buku, korang sempat atau tidak berkunjung ke Ekspo Buku Big Bad Wolf. Memang rugi besar pada yang tidak meluangkan masa ke sana. Berlangsung dari 6 Disember dan telah pun berakhir semalam. Bertempat di lokasi yang sama dengan tahun lepas, MIECC Mines.




Tahun ni ada sedikit kelainan yang dibawakan oleh Big Bad Wolf. Lebih 3 juta buku yang dipamerkan 24 jam tanpa henti. Maknanya buku bertambah dan masa untuk membeli pun bertambah. Pameran kali ini juga aku tengok berlakunya pertambahan buku-buku tempatan berbahasa melayu berbanding tahun lepas. Bagi aku pendekatan ini adalah sangat bagus untuk publisiti buku-buku Malaysia. Seperti yang kita maklum, pameran Big Bad Wolf pada asalnya membawa masuk buku-buku dari luar negara dengan diskaun harga serendah 75%. Bila dipamerkan juga buku-buku bahasa melayu tarikan kepada pembaca melayu juga meningkat.

Bagi aku, tak kira buku apa pun yang dipamerkan sebagai peminat buku aku akan setia membuat kunjungan di mana-mana pun pameran buku. Yang penting dapat baca buku dan update mengenai buku-buku baru. Alhamdulillah dapat juga beli buku walaupun membeli dalam keadaan terkejar-kejar. Ini lah hasil tangkapan aku di Big Bad Wolf.

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com