Monday, 30 December 2013

+ Isnin Datang Lagi +



 
Assalammualaikum.

Isnin datang lagi!! Isnin yang terakhir untuk tahun 2013. Huarghhhhhhh!!

Masa bercuti telah tamat. Hari ini kena kembali bertugas. Setelah seminggu menghabiskan sisa-sisa cuti rehat tahunan yang masih berbaki 7 hari lagi. Tak sangka tahun ni dapat simpan banyak cuti. Tahun 2013 yang sangat effisyen. Kerja lebih, cuti kurang. 

Lagi 2 hari sebelum 2013 melabuhkan tirainya. Lagi 2 hari jugak la aku kena habiskan kerja-kerja untuk tahun 2013. Walaupun nampak macam tak banyak kerja, tapi bila tiba hujung tahun rasanya kerja makin bertambah. Banyak input yang perlu disediakan sebab boss bercuti. 

Sudah menjadi kebiasaan, hujung tahun bagi peluang boss bercuti. Selesaikan urusan persekolahan anak-anak. Macam biasa juga la aku jadi penunggu setia di pejabat. Setia menjalankan tugas dan sedia untuk mengulor. Setia la sangat kan?? Hahahaha..

Macamana pun, kena hadap jugak la kerja-kerja yang banyak ni. Kalau tangguh, sampai tahun depan pun tak siap-siap. Jom buat kerja!! Semangat terlebih hari ni, walaupun sebenarnya mata dah semakin mengecil.



0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com