Wednesday, 19 February 2014

+ K e r j a +

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang bernafas di bumi ciptaanNya. Hari ini baru berkesempatan dan berpeluang untuk menaip di dalam blog. Itu pun curi-curi masa waktu bekerja, sambil-sambil melepaskan penat. Dulu berangan nak update blog setiap hari tapi apakan daya beban kerja yang banyak dan ditambah pula dengan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dengan kondisi kesihatan yang tidak menentu sekarang ni, semua benda nak buat pun dah tak larat. Di pejabat, kerja yang terlalu banyak sangat-sangat membebankan. Jangan kata nak berehat, nak pi toilet sekejap pun susah sekali. Lepas kerja, balik rumah, rehat dan tidur. Dah menjadi rutin pula rasanya menghabiskan masa di rumah dengan tidur. Tapi masa tidur hujung minggu pulak terjejas sebab kena datang opis buat kerja, Seriously semua ni sangat memenatkan. Semua aktiviti luar telah diabaikan dan terabai. Harap ini tidak akan berpanjangan.

Akhir-akhir ni banyak sangat aduan mengenai pencemaran marin berlaku. Bermula dari Pulau Pinang sampai ke Johor. Ini bermakna kesedaran awam sudah mulai meningkat. Dan ini juga bermakna kerja aku pun meningkat sama. Hari-hari kena update pasal kes pencemaran. Bukan setakat memenuhi kehendak Ketua Jabatan malahan kehendak Menteri juga. 

Hari ni dapat new task force yang aku kira sangat short notice. Kena berkampung di Pulau Pinang selama 3 hari untuk menyiapkan kajian yang sepatutnya perlu dijalankan kurang-kurang pun setahun. Tapi demi kepentingan dan kesihatan awam, memang kena buat dengan kadar segera. Awal-awal tahun dah tak menang tangan, banyak kerja lain terpaksa ditunda walaupun sebenarnya priority kerja tersebut juga adalah tinggi. 

Apa-apa pun kerja wajib dilaksanakan. Jika niat kerja sebagai ibadah, semua akan berjalan dengan mudah seprti yang dirancang. InsyaAllah.

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com