1 Mac [ Adapter Rosak ]
Dari semalam adapter pam Spectra M1 aku tidak
berfungsi. Puas fikir kat mana nak cari gantinya. Kau orang jangan tanya apa
itu Spectra M1. Sebab aku tak mau cerita panjang. Tapi bagi ibu menyusu macam
aku ni, Spectra M1 ni ibarat nyawa aku. Ke mana saja aku pergi pasti akan ku
usung sana sini.
Nak jadi cerita, hari ni belum lagi berkesempatan
guna pam sebab dah kehabisan bateri gara-gara adapter tidak berfungsi. Adapter
ni kalau ia tak cas akan keluar signal warna hijau. Kalau cas masuk, adapter
akan berwarna merah. Kat situ aku kesan, yang adapter ni tidak boleh pakai
lagi. Di ofis, hati tak berapa tenang asyik memikirkan adapter yang rosak dan
kedai elektrik yang ada jual benda ala ni.
Sebabkan hati tak tenang, sebelum jam satu lagi aku
dah keluar dari opis menjalankan misi mencari adapter. Keluar dengan keadaan
tergesa-gesa, mujur tak jatuh tersungkur. Kalau jatuh tadi, memang melopong
kucing-kucing kat tepi ofis aku ni tengok aku. Baru la nanti terjadinya situasi
malu-malu kucing. Kihkihkih… (Aku jangkakan saja)
Keluar ofis, berjalan laju ke kereta. Bawak kereta
tak toleh kiri kanan dah. Berdesup, tak sampai lima minit dah siap parkir depan
kedai elektrik yang aku aim sejak dari ofis tadi. Baru nak keluar kereta, sekali tengok kedai tutup.
What! Sakit pulak hati kite. Sambil keluar dari parkir, kepala ligat cari kedai
lain. Ting! Datang idea. Walaupun aku belum familiar dengan Bandar Temerloh ni,
tapi adalah dua tiga kedai elektrik yang aku perasan masa pergi balik kerja.
Sampai pula kedai kedua, yang ini memang aku tak
pernah pergi langsung. Aku yakin mesti ada jual sebab kedainya besar. Siap
parkir, baru nak turun kereta ternampak abang penguatkuasa saman kereta sebelah
aku. Apa perasaan kau orang kalau kena saman? Menggelupur kau tau. Walaupun
samannya hanya RM10 sahaja.
Aku dengan rasa tak malunya menyapa lembut abang
kacak berbaju biru tu.
“Tuan,
jangan saman kereta saya ya. Tunggu jap, saya nak beli kupon ni.”
Dengan kalut aku berlari beli kupon kat kedai serbaneka, agen kupon. Dapat kupon dengan penuh semangat aku menggores.
Dalam
hati sempat berkata-kata lagi, ‘Kau tunggu ya, aku letak kupon ni. Kerja asyik
nak menyaman orang je. Pukul satu tengahari orang lunch pun sibuk nak kerja.’
Emosi terlebih sebab teringat tiga saman yang aku dapat atas kesalahan parkir
tanpa kupon. Belum berbayar lagi sampai sekarang. Dengan berlagaknya aku
berlari ke parkir untuk meletakkan kupon. Mata tercari-cari abang kacak tadi.
‘Dah tak de?’ Kecewa betul, cepat sangat hilangnya. Sakit hati.
Seterusnya, aku menyambung misi mencari adapter.
Masuk ke kedai kedua. Belum sempat aku melangkah masuk ada orang bersuara dan
bertanya.
“Mau cari barang apa adik?”
Aku yang dari luar kepanasan, terjenguk-jenguk mencari tuan empunya suara. Aku nampak tuan kedai tengah duduk repair barang.
“Uncle, ini barang ada tak?” Aku tanya sambil tunjukkan adapter.
“Oh, ini barang tarak,” jawab uncle
sambil membelek-belek adapter aku.
“Tak de ke uncle?” tanya aku dengan
nada sedih.
Tiba-tiba ada lelaki muda datang pada kami menggangu
perbualan aku dengan tuan kedai. (Boleh tahan hensem macam SRK aku tengok). Apa
yang dia orang cakap aku pun tak faham. Bahasa Tamil. Tapi aku tengok dia orang
macam bertekak jugak la. Rasanya lelaki muda ni anak tuan kedai. Sebab dia
berani betah cakap tuan kedai. Kalau pekerja mungkin memang tak buat macam tu.
Maunya nanti kena tengking.
Lelaki muda tu terus ke meja kerja dia dan mula
mencari-cari barang. Aku pandang tuan kedai, mengharapkan sesuatu.
Tuan kedai terus cakap, “You tunggu dulu, dia cari. “
Pandangan aku beralih pula kepada lelaki muda tadi.
“Tak ada lah.” Lelaki muda itu tengok aku sambil menggelengkan kepalanya.
“Tak
de?” jawab aku. Sekali lagi aku kecewa. Bertambah sakit hati.
Aku melangkah keluar dari kedai tu dan masuk pula ke
kedai sebelah. Aku tengok ramai orang dalam kedai ni. Nak mengenalpasti seller
pun susah. Tak da seorang pun yang menyapa aku yang dari tadi tercangak-cangkak
kat tengah-tengah kedai. Aku dengan selamba tanya perempuan mengandung depan aku.
“Kak,
kat sini ada jual adapter tak?”
Dia pandang aku pelik. Dia terus tunjuk aku pada
seller kedai.
‘Alamak
salah orang!’
Aku pun pergi ke gadis yang ditunjukkan tadi dan
bertanya. Kali ini seller tu terus cakap tanpa melihat adapter yang aku
tunjukkan pada dia.
“Ini
tadak,” jawabnya acuh tak acuh.
“Tak
de? Memang tak de ke?” tanya aku berkali-kali.
Gadis tadi menggeleng-gelengkan kepala sambil
meneruskan kerjanya. Kecewa lagi. Sakit pulak hati. Bertambah sakit bila seller
ni buat layan tak layan je dengan aku.
Aku dah mula buntu, mana lagi nak cari kedai
elektrik. Aku tawakal, kali ni aku cuba masuk kedai telefon pula. Mana la tau,
kot ada jual adapter yang serupa. Lewat, dua kedai ada kedai telefon. Aku
beranikan diri bertanya. Kau orang tau apa jadi? Adik manis bertudung merah
jambu senyum pada aku dan dia terus cari adapter baru untuk aku tanpa prejudis.
Lepas satu kotak, satu kotak lain dibuka untuk mencari
adapter yang sama. Kesian pula aku tengok adik manis ni terbongkok-bongkok
mencari.
“Maaf
kak, charger macam ni tak de.”
“Tak
de jugak dik?”
Kecewa lagi. Nak buat macamana, tak da rezeki beli
yang baru. Tak dapat beli adapter tapi aku beli top up prepaid. Aku beli pun sebab
aku terharu dengan kesungguhan adik ni membantu aku carikan adapter. Baru nak
melangkah keluar kedai, alih-alih boss dia datang menyapa. Agaknya sebab tengok
kekecewaan aku.
“Oh!
Ini charger, kita tak de juai. You dah cari dekat itu kedai elektrik? Ada dua kedai satu Cina satu lagi India.”
“Dah
pergi boss. Tapi semua kata tak jual jugak.”
“Ada
satu lagi kedai dekat dengan pasaraya KU.”
“Itu
pun saya sudah pergi, itu kedai tutup.”
“Mana
you punya charger? Biar saya test tengok.”
Boss kedai telefon pun amik adapter aku dan terus
test dengan mesin dia.
“Ini
memang rosak, kena beli baru. Nanti saya tengok dulu.”
Aku diam tengok dia belek adapter aku tu.
“You
punya charger ni, cas ada masuk tapi tak charging.”
Aku mula pelik. Tak paham sebenarnya apa yang
dimkasudkan.
“Ini
you tengok, sudah patah maaa… Patutlah tak boleh cas.”
Aku sengih-sengih bila nampak ada wayar halus yang
terputus kat kepala adapter aku tu.
“You
duduk dulu, saya cuba repair.”
“Ok,
boss!”
Aku duduk sambil berdoa yang adapter aku tu boleh
dibaiki semula.
“Sudah
siap. Mari test cas dengan you punya pam.”
“Yeayy!
Berjaya!” Aku menjerit kuat.
“Terima
kasih boss! Terima kasih!”
Kali ni memang aku gembira betul, hilang segala
kecewa di hati. Kau orang tau berapa upah repair yang dia ambil? Aku ingat mau
RM15 atau lebih ni tapi bila dia cakap RM5 aku terus rasa nak nangis. Hati tisu
betul. Bersyukur sangat sebab adapter telah selamat dibaiki. Kalau beli baru harganya lagi mahal.
Adapter rosak ni sebenarnya ujian dari Allah kepada
aku. Hendak menguji tahap kesabaran dan usaha aku. Macamana aku nak selesaikan
masalah.
Kau orang tengok berapa banyak dugaan yang aku
tempuhi dalam masa tak sampai sejam misi mencari adapter baru. Diuji dengan
kedai tutup, jumpa abang penguatkuasa, kedai tak jual adapter, penjual buat tak
tau dan akhir sekali bertemu dengan orang yang baik-baik yang berjaya
menyelamatkan adapter aku.
Banyak yang aku belajar hari ni. Jangan terburu-buru,
jangan kelam kabut, jangan berlagak, jangan berfikiran negatif kat orang dan
yang paling utama perlu banyak bersabar. Lepas kedai elektrik yang ketiga tu
aku redha cari adapter kat kedai telefon dan bertawakal pada Allah. Semoga akan
jumpa penyelesaiannya. Selepas berusaha dan berserah, InsyaAllah ada
ganjarannya.
Kat kedai telefon tu aku tak marah-marah dah, tak de
perasan kecewa, tak de perasaan sakit hati malahan aku bantu tauke kedai dengan
beli top up prepaid walaupun adapter yang aku nak tak dapat. Kebaikan dibalas
dengan kebaikan. Punyalah bersungguh tauke kedai tu nak tolong aku tak dapat
aku nak ceritakan. Sama seperti bersungguhnya aku nak baiki adapter tu.
Allah bantu aku dengan menemukan aku dengan tauke
kedai telefon yang baik hati. Semoga perniagaan tauke kedai tu bertambah maju.
1 comments:
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة مكافحة الصراصير بعنك
Post a Comment