Wednesday, 2 March 2016

+ Masalah Kawan +

2 Mac [ Masalah Kawan ]

Hari ni dapat mesej dari seorang sahabat nun jauh di utara. Pada mulanya hanya bertanyakan khabar sahaja akhirnya berlanjutan sehingga membincangkan masalah kerja. Aku ni dari dulu, dah jadi pendengar masalah dan pemegang amanah orang. Terima kasih atas kepercayaan itu wahai sahabat.

Menjadi kebiasaan di mana-mana pejabat, ada saja individu yang berpuak-puak. Yang ini tak boleh masuk dengan yang itu. Yang itu tak boleh masuk dengan yang ini. Macam-macam. Kenapa jadi begitu? Perbezaan pendapat? Tak boleh tengok orang lebih sikit? Kaki bodek boss? Apa lagi?


Memang masing-masing ada pendapat tersendiri. Tapi selagi pendapat itu tidak bercangah dengan prosedur kerja, kita boleh teruskan. Tapi kalau sebaliknya? Apa kau orang akan buat? Ambil langkah bijaksana jangan sampai menututup periuk nasi orang. Selesaikan masalah dengan baik-baik. Tak boleh ke kita bekerja secara aman damai? Harmoni. Saling bertolak ansur.

Bekerja sebagai pegawai penguatkuasa yang menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling memang banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang ramai. Menyelesaikan masalah di kilang menjadi cabaran besar tetapi menyelesaikan masalah rakyat lagi besar cabarannya. Hari ini aduan mengenai pencemaran alam sekitar semakin meningkat. Menunjukkan kesedaran umum semakin tinggi.

Apa yang boleh aku katakan, beban kerja kami semakin meningkat. Dengan kekangan pegawai dan peruntukan kami sebenarnya tetap menjalankan tugas seperti biasa dan berusaha melindungi alam sekitar sebaik mungkin.

Isu perbalahan dalam pejabat hanya isu picisan saja aku kira. Isu alam sekitar yang lebih patut diutamakan. Memikul amanah rakyat adalah satu tanggungjawab besar. Ia juga merupakan satu ibadah. Yang akan dipersoalkan di kemudian hari nanti.

Buat kerja kerana Allah, ikhlaskan hati dalam jua yang kita lakukan. InsyaAllah semuanya pasti dipermudahkan. 

0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com