Wednesday, 9 March 2016

+ Gerhana Matahari +




Lokasi : Bandar Temerloh

9 Mac [ Gerhana Matahari ]

Tanggal 9 Mac, 2016 berlakunya gerhana matahari. Fenomena alam ini dapat dilihat di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan boleh juga dilihat di benua Ausralia. Di Malaysia gerhana matahari separa boleh dilihat dengan jelas di seluruh negeri.

Gerhana matahari berlaku ketika bulan berada di kedudukan antara bumi dan matahari. Keadaan ini terjadi sehingga menutupi sebahagian atau keseluruhan cahaya matahari. Alhamdulillah, hari ni aku berpeluang menyaksikan kebesaran Allah ini.


Pagi ini aku perasan matahari tidak menampakkan cahayanya seperti biasa-biasa. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja dilalui dengan cuaca suram dan kelihatan tampak sedikit mendung dan tenang. Aku keluar rumah jam 7.30 pagi dan ketika ini gerhana matahari sudah mula berlaku perlahan-lahan. Kebiasaannya, jam ini matahari sudah mula memancar-mancarkan sinaranya sehingga menyilaukan pandangan dan memedihkan muka.

Semasa memandu, aku sempat juga mengambil beberapa foto matahari dengan harapan dapat melihat gerhana matahari. Tapi hampa. Aku cuba melihat terus ke matahari. Fuhhhh… Pedihnya la.  Walaupun matahari tidak berapa terang tapi silauan cahayanya mampu memedihkan mata sekiranya dilihat tanpa alat pelindung mata. Dengan cermin mata yang ada, aku usaha juga untuk melihat gerhana matahari. Boleh nampak jugalah bentuknya tapi kurang jelas.

Macamana entah aku boleh tak ingat nak ambil negatif filem dalam bilik. Negatif filem setahu aku boleh digunakan juga untuk menyaksikan gerhana matahari. Masa sekolah rendah dulu aku pernah guna. Itu yang yakin sangat. Sampai pejabat, aku terus buat solat sunat gerhana dan sunat dhuha. Lepas tu bergegas ke stor cari negatif filem. Mujur minggu lepas buat 5S, memang ada ternampak filem yang dah expired tak digunakan lagi.

Alhamdulillah, jumpa. Pergi dekat tingkap, cari matahari dan akhirnya nampak gerhana matahari. Yang tambah seronok aku berpeluang tengok gerhana matahari separa tepat jam 8.23 pagi. Masa tu, tiba-tiba suasana pagi berubah sedikit gelap, seolah-olah mendung nak hujan. Aktiviti di jalan terhenti seketika mungkin ramai yang turun menyaksikan gerhana matahari.

SubhanaAllah, MasyaAllah, memang menakjubkan kejadian ketika itu. Lebih kurang dua tiga minit juga gerhana matahari separa dapat dilihat. Selepas itu, bulan perlahan-lahan menjauh dari matahari. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari fenomena gerhana matahari ni.

Kejadian ini, menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah. Apa-apa yang berlaku di bumi dan di langit hanya kerana kuasa Allah. Pada bila-bila masa dikehendaki-Nya boleh berlaku. Cuba kau orang bayangkan kalau lah saat gerhana matahari berlaku, Allah alihkan matahari terbit dari barat. Ya, Allah masa tu pintu taubat sudah tertutup kawan.

Syukur kita masih lagi diberi peluang bernafas dan berpeluang untuk melakukan taubat sebanyak mungkin.


0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com