Wednesday, 14 December 2016

+ Family Day, Melaka-Day 1+

Disember setiap tahun adalah bulan paling yang dinanti. Cewah! Dah kenapa dengan Disember?

Bulan Disember la bulan percutian. Setelah hampir setahun berkerja, tiba masanya untuk merehatkan mental dan fizikal.

Percutian kali ni adalah yang sangat menarik. Mana tidaknya, dari penginapan, duit minyak, makan dan minum juga tiket masuk tempat pelancongan kesemuanya ditaja! Alhamdulillah.

Kalau tak pergi rasa rugi pulakkan. Ini lah masanya, sambil bercuti sambil tu boleh balik kampung halaman. Melaka! Here we come!

Percutian tiga hari dua malam ini adalah tajaan Kelab Kebajikan tempat saya berkerja. Family day katanya. Dalam banyak-banyak tempat yang diberi pilihan dalam survey, Melaka menjadi destinasi utama. Tak sangka, ramai yang berminat ingin mengunjungi tanah bersejarah Melaka.


Hampir 80 peratus ahli memilih dan bersetuju untuk mengadakan family day di Melaka. Makanya, 10 Disember hingga 12 Disember kami semua berkampung di Melaka. Yeay!

Ini antara aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di Melaka.

Hari Pertama : 10 Disember, 2016 (Sabtu-Petang)

Lokasi : Pantai Puteri

Aktiviti : Sukaneka kanak-kanak dan dewasa 

Selepas check in hotel Avillion Legacy Hotel jam 3 petang, semua ahli bergerak ke Pantai Puteri untuk aktiviti sukaneka. Pantai Puteri terletak lebih kurang 14 km dari pusat bandar dan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai.

Pantai Puteri juga satu-satunya pantai di daerah Melaka Tengah yang masih boleh dijalankan aktiviti riadah seperti mandi laut, berkhemah dan bersukaneka. Pantai Klebang yang dulunya terkenal dengan tempat mandi-manda kini tiada lagi disebabkan pantai tersebut telah ditambak. Hanya aktiviti di pesisir pantai sahaja boleh dilakukan seperti bermain layang-layang, berjogging dan tempat duduk santai-santai.

Paling teruja dengan aktiviti sukaneka ni, sudah tentulah kanak-kanak. Mohamad yang kecil tu pun turut serta. Aktivitinya ialah kutip gula-gula. Bagus anak Ummi ni tau. Mendengar arahan betul. Banyak juga gula-gula yang dikutip. Kutip sajalah, tapi tak boleh makan! Ummi tak bagi! Dilarang keras.



Menang ke kalah semua dapat hadiah.


Seronok dia dapat hadiah!



Ni aktiviti dewasa, lempar belon berair. Abah pun join!




Anak beranak ni suka sangat bergambar! Tak aci gambar Ummi tak dak!


Hari Pertama : 10 Disember, 2016 (Sabtu-Malam)

Lokasi : Ballroom, Avillion Legacy Hotel, Melaka.

Aktiviti : Grand Dinner

Malam pula diadakan grand dinner dengan tema busana tradisional melayu. Seminggu juga memikirkan busana yang akana dipakai di malam dinner. Akhirnya, saya dan suami sepakat memakai baju raya 3 tahun lepas. Digayakan dengan songket hitam perak. Boleh lah kan. Sweet and simple kata kau!

Untuk Mohamad, Ummi siap beli baju melayu baru lagi. Tanjak dan bengkung tu sewa di butik pengantin. Hahaha. Konon-konon nak nampak macam pendekar. Pun boleh! Mujurlah dia nak pakai. 







Nampak cantik pulak gambar ni. Maklumlah, guna Iphone 7. Hehehe.

Dinner malam tu diserikan lagi dengan kehadiran magician dan dua orang badut. Meriah! Kanak-kanak paling teruja dengan persembahan mereka. Mohamad pun sama naik. Gembira yang amat.





Kecewa Ummi, tak de gambar dengan badut pun. Huhuhu.

Untuk cabutan bertuah saya dapat elekctronic mixer. Yeay, macam tau-tau ja saya suka buat kuih dan kek. Alhamdulillah.


0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com