Thursday, 22 December 2016

+ Family Day, Melaka-Day 2 +

Ini cerita seterusnya.


Hari Kedua : 11 Disember, 2016 (Ahad)

Lokasi : Banda Hilir

Aktiviti : Jelajah Banda Hilir

Sebelum memulakan aktiviti, kami bergambar dulu di hadapan hotel. Ini adalah aktiviti wajib. Perjalanan ke Banda Hilir adalah dengan menaiki bas yang telah disewa khas. Sebanyak lapan (8) buah bas yang membawa kami ke sana. Yang paling happy sudah tentulah si kecil Mohamad Ammar Saufi. Punyalah teruja nak naik bas sampai terjerit-jerit apabila nampak bas. Alahai anak Ummi ni.


Mohamad tak fokus bergambar sebab sibuk sangat nak tengok bas.


Sudah pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.


Masa ni, urusetia tengah susun orang untuk bergambar. Tengok tu, baik ja dia duduk situ.


Lokasi 1 : Menara Taming Sari (MTS)

Sebagai orang Melaka, sudah tentu MTS ni pernah saya naiki. Seingat saya masa awal pembukaannya lagi saya dan keluarga telah ke sini. Masa tu tiket hanya berharga RM10 untuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Tapi sekarang, harga tiketnya sudah berubah. Mujur semua tiket ditanggung oleh Kelab, kalau tidak memang tak nak naik. Hehehe. Harga tiket sekarang adalah seperti berikut,

Warganegara dengan MyKad
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM10 
Pelancong Asing
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM10 
Kalau yang datang dengan kumpulan yang besar, boleh berunding dengan pihak pengurusan MTS untuk mendapatkan lagi diskaun harga tiket. 


Beratur sebelum naik MTS. Mohamad macam tak suka ja. Ummi dan abah yang excited. Hehehe.


Ingat dapat naik dah, sekali kena tunggu giliran lagi. MTS boleh menempatkan 60 orang sahaja dalam sekali operasi.


Ni ha, pemandangan dari atas MTS. Durasi pergerakan hanya 7 minit dari bawah, naik, berputar di atas dan turun. Walaupun sekejap tapi mendebarkan juga. Gayat!


Apa yang serius sangat tu?


Peace!


Berdiri ni pun rasa gayat, tapi cuba control cun lagi. Hahaha.


Lokasi 2 : Muzium TLDM

Ini kali pertama saya jejak Muzium TLDM. Sebelum ni tak pernah terniat nak masuk pun. Tak sangka, banyak benda yang boleh didapati dalam muzium ni. Terutamanya sejarah penubuhan TLDM dan peralatan serta aset yang digunakan oleh mereka. Ini serba sedikit info Muzium TLDM yang saya ambil di sini.

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium Samudera (replika Kapal Flor De La Mar). Muzium yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995.
Muzium ini memaparkan gambar Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut Malaysia.

Depan Muzium


Dalam Muzium. Kenapa sedih ja tu?


Yang ni dia suka sangat.


Amboi, senyum sampai sepet mata tu.


Semua dia nak try ok.


Ini pun nak naik.


Dan lagi.

Lokasi 3Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar)

Muzium ni memang sangat mengujakan. Tiket masuk kalau tak silap, RM6 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak 7-12 tahun dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Kami tidak perlu membayar kerana tiket masuk jugak telah dibiayai oleh kelab.

Untuk mereka yang datang dengan kumpulan yang besar dan ramai, boleh menghubungi pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk mendapatkan diskaun harga tiket ke muzium-muzium di Melaka. 

Ini serba sedikit info Muzium TLDM yang saya ambil di sini. 

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Di sebelahnya Muzium Samudera Fasa II.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Senyum!


Ramai betul orang di sini.


Gambar atas replika kapal.


Dalam muzium.


Dalam muzium.


Dan lagi.

Lokasi 4 : Bagunan Stadthuys (Bangunan Merah)

Kami berjalan di sekitar bangunan merah yang dibina oleh kerajaan Belanda. Ini antara maklumat mengenai The Stadthuys diambil dari Wikipedia

Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

The Stadthuys itu terletak dalam tembok Melaka kubu dan terletak bertentangan dengan pintu masuk utara ke bandar berkubu, di seberang sungai. Kubu itu sendiri meliputi kawasan yang besar sekitar bukit St. Paul, yang menempatkan pejabat-pejabat dan gudang bagi VOC dan semua kemudahan yang diperlukan oleh koloninya. Dinding kubu tidak lagi wujud pada hari ini terima kasih kepada kebodohan dan vandalisme British yang berniat jahat mengarahkan kemusnahan manakala melindungi harta benda Belanda di Asia dari Perancis, semasa Perang Napoleon.

The Stadthuys adalah sebuah kompleks besar-besaran. Dalaman bangunan ini mempunyai dua tingkat dan ia adalah 30 meter lebar. Selain menjadi rumah gabenor, Stadthuys juga termasuk Pejabat Setiausaha-kanak, bilik sembahyang, ruang makan, sebuah rumah tetamu, rumah hamba, rumah Ketua Merchant, penjara, pejabat perdagangan, gudang, halaman dan bakeri yang terpisah atau dipisahkan.

Bilik rekod yang luas di Stadthuys adalah sangat sesuai untuk pemeliharaan dokumen rasmi, walaupun iklim tropika sering menjadi punca kemerosotan yang pantas kepada kertas. Dengan meter besar dinding tebal, siling yang tinggi dan jubin lantai yang besar, ia menyediakan suasana dalaman yang sejuk dan nampaknya mempunyai kesan yang kering-bilik bawah tanah.

Dengan terletaknya di Dataran Belanda, Stadthuys muncul megah dan mengagumkan dengan tingkap-tingkap besar, dengan pintu dan tangga. Di bahagian luar, terdapat langkan batu yang membawa kepada dwi tangga seterusnya ke balkoni kecil yang juga boleh diakses melalui pintu di tingkat pertama. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon. Sebab-sebab sebenar mengapa bangunan ini telah dicat merah oleh British kini hilang ditelan zaman tetapi legenda dan teori-teori berkaitannya masih banyak.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang miskin.


Tak pandnag pun. Leka minum air cin cau. Hehehe.


Eh, apa tu?


Bangunan merah. Ada kedai-kedai menjual cenderamata.


Ini trademark di Bangunan Merah.


Ini lagi.


Jom bah, kita balik. Penat dah tu.

Lokasi 5 : Muzium Sejarah dan Ethnografi

Muzium ini terletak di dalam bangunan Stadthuys. Terdapat banyak lagi muzium di dalam bangunan Stadthuys tetapi kami hanya sempat ke Muzium Sejarah dan Ethnografi sahaja disebabkan kekangan masa dan Mohamad yang sudah mula penat dan meragam.

Tak dapat pergi semua, tak mengapa. Kan kami orang Melaka, bila-bila saja boleh sampai ke sini lagi. Hehehe. Maklumat dari sini , Info muzium ini adalah seperti berikut.

Muzium Sejarah dan Ethnografi terletak di Bangunan Stadthuys, lokasinya di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, Melaka. Di hadapan bangunan ini yang lebih dikenali sebagai ‘Dataran Belanda’ terdapat Pancutan Air Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Sejarah terletak di aras 2 dan Muzium Ethnografl di aras 1 Bangunan Stadthuys.
Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Gambaran berhubung adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, alat muzik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan adalah fokus utama muzium ini.Turut dipamerkan adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata, matawang dari dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi semasa pendudukan Belanda di Melaka.
Muzium Sejarah bertempat di tingkat satu pula memperagakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis Belanda, Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, maka para pengunjung akan dapat menghayati keunggulan Melaka dari awal penubuhan, kecemerlangan dinikmati, perjuangan menuntut kemerdekaan dan erti kemodenan yang ada.

Tengok tu muka dah letih.


Dalam muzium.


Replika orang Belanda.


Penjajah tanah Melaka.


Yang ini pun.

Lokasi 6 : Cendol Jam besar

Untuk menghilangkan penat, kami berhenti lepak dan minum di kedai Cendal Jam Besar. Sambil makan cedol sambil tengok sungai. Fuh, lega dapat menikmati cendol dan aiskrim.


Ramai tapi servis cepat.


ABC Special.


Cendol Jagung.


Cendol Durian.

Selepas menikmati cendol ni, maka berakhirlah aktiviti jelajah Bandar Hilir kami. Walaupun sebenarnya, banyak lagi muzium yang perlu dilawati yang ditawarkan dalam pakej kami. Tak mengapa, lain kali kita repeat semula. Yeay!








Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com