Friday, 30 March 2007

+ Sukan Malaysia-Singapura +

Tarikh : 4 Februari, 2007
Lokasi : Singapura

Bertuah rasanya bila terpilih untuk mewakili Kementerian dalam sukan di Singapura. Pernah terniat untuk main netball kat Singapura. Tak sangka Allah makbulkan niat dengan begitu cepat. Alhamdullillah.. Berada di bumi kelahiran abah aku memang sangat mengujakan. Macam balik kampung pulak rasanya. Ngeee..

Ini lah pertama kali melangkah kaki ke Singapura. Walaupun ada lagi saudara mara yang menetap di Singapura, aku tidak pernah berpeluang nak ke sana. Apatah lagi untuk menziarahi kubur arwah nenda yang tidak tau di mana letaknya. Abah pernah kata memang dia sendiri pun tak tahu. Hanya doa saja yang mampu dikirimkan.

Seronok dapat pergi ke negara orang. Walaupun sehari tapi dapat juga tengok pembangunan di negara orang. Belajar bahasa, budaya dan cara hidup di negara orang. Memang ternyata Singapura adalah Bandar yang sangat bersih dan teratur. Banyak bangunan tinggi-tinggi dan rata-rata penduduknya berbahasa Inggeris.


Sebelum ni pertemuan Malaysia Singapura dalam sukan diadakan di Kuching, Sarawak pada tahun 2005. Aku pun main juga untuk Kementerian. Memang best la kan dapat jadi wakil Kementerian. Sukan di Singapura ni kira perlawanan timbal balik. Nama je main di Singapura tapi menetap di Johor Bahru. Tak kisahlah kan, yang penting dapat gak pergi Singapura.

Selepas sukan, aku dan rakan-rakan diberi peluang untuk bershopping di Evo City. Harga barang-barang kat sini memang mahal giler kot. Kadar tukaran wang pun sangat tinggi RM2.50 bersamaan dengan Sing Dollar 1. Kalau ikutkan nak beli key chain dan fridge magnet pun rasanya tak mampu. Hahaha.. Tapi beli juga untuk rakan-rakan dan keluarga di Malaysia sebagai cenderamata. Beli jugak beberapa helai tshirt untuk suami.

Overall, sukan di Singapura ni memang best. Selain dapat bersukan, dapat juga berkenal-kenalan dengan orang Singapura. Gerekkkk sehhh!! Kalau ada peluang nak pergi lagi.











0 comments:

Copyright © NOR AZIZAH ZAINUDIN | Powered by Blogger
Design by Blog Oh! Blog | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com