7 Mac [ Free Seat Air Asia ]
Free seat Air Asia kembali! Tak sabar dah nak
hunting tiket. Tertunggu-tunggu promo yang ini sejak kelmarin. Kau orang macam
aku tak? Pagi-pagi dah tercongok depan PC di pejabat. Bukan tak cuba cari tiket
melalui telefon di rumah, tapi kaedah itu tidak memberi kepuasan. Dengan skrin
yang kecil, menghadkan keselesaan mata dan jari.
Kali ini aku dah betul-betul bersedia nak
hunting tiket. Tempahan tiket ini untuk penerbangan dari Oktober, 2016 sehingga
Mei, 2017. Aku memilih untuk bercuti pada bulan Oktober, 2016. Alasannya kerana
promo bermula pada bulan tersebut dan bulan Oktober bukan bulan cuti sekolah
jadi peluang untuk dapat free seat adalah tinggi.
Ke mana destinasinya? Aku bercadang untuk
menerokai Siem Rap, Cambodia bersama-sama suami dan anak kecilku Mohamad Ammar
Saufi. Destinasi pilihan kedua pula ialah Ho Chi Minh City, Vietnam.
Memandangkan aku akan ke Acheh bulan Mei nanti, jadinya Indonesia bukan pilihan
aku kali ini. Jika tidak first priority aku adalah Indonesia. InsyaAllah kalau
ada rezeki dan dipanjangkan usia aku akan ke Lombok pula tahun depan.
Dari jam 8.30 pagi, line Air Asia sangat-sangat
sibuk. Asyik masuk dalam waiting room saja. Kalau nak hunting tiket free memang
perlu banyak bersabar dan tempahan perlu dibuat berulang-ulang kali untuk
mendapatkan harga promo. Mujur hari ni aku tak kerja luar. Kalau tidak memang
tidak berpeluang duduk berlama-lamaan di depan PC.
Nampaknya hajat nak ke Siem Rap, Vietnam tidak
kesampaian. Setiap tarikh yang aku cuba tempah, aku tengok harganya sangat
mahal. Pilihan kedua ialah Ho Chi Minh City, Vietnam. Alhamdulillah, setelah
bertungkus lumus mencari, akhirnya dapat juga tiket ke sana pada bulan yang aku
rancangkan.
Setelah membandingkan harga tiket yang aku tengok
pada promo yang lepas, aku dapati harga kali ini lebih murah. Harga termasuk
airport tax and fees Malaysia-Vietnam, GST
dan passenger & baggage security screening adalah seperti berikut;
KUL-Saigon
Dewasa & Kanak-Kanak – RM79
Saigon-KUL
Dewasa – RM 102.96
Kanak-Kanak – RM99.96
Maka harga tiket penerbangan pergi balik untuk
aku, suami dan anak berjumlah RM542.88. Aku rasa dah murah dan terus beli.
Percutian selama empat hari tiga malam bermula dari Sabtu dan pulang Malaysia
pada hari Selasa.
Pada kau orang belum dapat tiket. Cuba dan cuba
banyak kali. Promo akan berakhir pada 13 Mac. Jadinya masaih ada lagi peluang
memburu tiket free seat. Happy hunting gaizzss!!
0 comments:
Post a Comment